CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Ranking Arak: Malaysia Top 10 Di Dunia


Betul ke Malaysia top 10 dalam ranking penggunaan arak di dunia? Berkenaan dengan isu ini Parti Pas memerli kerajaan BN kerana merupakan satu lagi pencapaian yang membanggakan di dunia. Kedudukan Malaysia di tangga kesepuluh dalam penggunaan arak di dunia disifatkan sebagai "kejayaan gelap" pemerintahan BN yang di luar jangkaan rakyat negara ini.

"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan 'tahniah' kepada kerajaan BN yang berjaya membawa Malaysia ke ranking ke-10 negara konsumer arak yang terbesar di dunia. 
 
"Kejayaan ini benar-benar diluar jangkaan rakyat kerana Malaysia yang pernah di umumkan sebagai sebuah negara Islam oleh pemimpin Umno berjaya mengalahkan sebahagian besar negara-negara bukan Islam di Eropah dan Benua Amerika," sindir ketua penerangan dewan itu Herman samsudeen.
 


Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie semalam dilaporkan berkata, penggunaan alkohol di negara ini menjadi semakin serius.

Beliau mengulas, statistik terbaru Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia berada di kedudukan kesepuluh mempunyai peminum arak paling ramai di dunia.

WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan AS$500 juta (kira-kira RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan bir pula mencecah 11 liter per kapita.

Kuasa pemantauan 
 
Dalam kenyataan hari ini, Herman juga berharap kerajaan tidak terus menerus menutup mata dan memekakkan telinga terhadap perkara itu semata-mata cukai arak memberikan pulangan yang tinggi kepada dana kewangan negara.

Katanya, lebih teruk lagi, gejala arak juga sentiasa dikaitkan dengan pelbagai jenayah, antaranya penganiayaan rumah tangga, penderaan serta kes rogol dan bunuh. 

"Gejala pengambilan arak juga kini sudah menular kalangan pelajar sekolah," kata Herman.


Beliau juga mahukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan majlis agama Islam negeri-negeri diberikan kuasa pemantauan.


Dewan itu juga mendesak semua pihak - termasuk pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri dan kerajaan pusat - supaya serius menangani perkembangan industri itu dengan mengurangkan pengeluaran minuman keras itu.

Herman menggesa permohonan lesen-lesen pengilangan dan penjualan arak baru dibatalkan dan aktiviti penjualan di kedai-kedai, restoran dan kelab malam dipantau.

Mengulangi pendirian PAS Selangor sebelum ini, Herman berkata penjualan arak secara terbuka di kedai 24 jam juga menjadikan rakyat negara ini mudah terlibat kepada gejala negatif itu.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Ranking Arak: Malaysia Top 10 Di Dunia By Mohd Rohaizad. Published: 24.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...