CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Sultan Sulu, Polis Belum Dapat Mengesan Si Penipu


 
Berkenaan dengan isu Sultan Sulu, siasatan mengenai kes seorang rakyat Malaysia yang menggelarkan dirinya "Sultan Sulu" belum selesai kerana polis tidak dapat mengesan beliau untuk mendapatkan keterangan. Si penipu yang mengakui beliau waris kesultanan sulu pandai mengelakkan diri daripada dikesan oleh pihak polis.
 
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata polis gagal mengesan Datu Mohd Akjan Ali Muhammad di Sabah melalui alamat terakhir beliau yang diketahui.

"Masalahnya kita masih nak mengesan dia, dia tidak ada di Sabah dan tidak ada di Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan khas pegawai awam Polis Diraja Malaysia sempena Hari Polis ke-204 di Kota Kinabalu hari ini yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar.

Hamza berkata, polis akan meneruskan usaha mengesan Datu Mohd Akjan melalui kerjasama Interpol dan juga pihak berkuasa di negara ASEAN.

Katanya, polis juga memerlukan keterangan daripada beberapa individu lagi untuk melengkapkan siasatan itu.
Khalid pula berkata, lebih daripada 7,000 anggota polis sudah dikeluarkan daripada tugas awam dan perkeranian dan diletakkan semula menjalankan tugas hakiki polis sejak tahun lalu.



Katanya, ia adalah usaha penempatan semula dalam pelbagai peringkat dan jabatan dalam PDRM untuk memastikan anggota polis dapat turun padang menjalankan tugas mereka manakala tugas awam diambil alih oleh pegawai awam.

"Usaha yang kita panggil penempatan semula ini adalah berterusan, yang mana pegawai beruniform kita keluarkan daripada tugas pegawai awam dan ditempatkan di lapangan untuk menjalankan tugas kepolisan," katanya. (Bernama)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Sultan Sulu, Polis Belum Dapat Mengesan Si Penipu By Mohd Rohaizad. Published: 5.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...