CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Isu Susu 1Malaysia Tidak Halal? Dikhuatiri Ada Melamin?


Mengenai isu susu 1Malaysia, betul ke susu 1Malaysia haram atau tidak halal dan dikhuatiri ada melamin? Sampel susu UHT, produk import yang digunakan dalam Program Susu 1Malaysia, kini sedang dianalisa setelah timbul kekhuatiran ia mengandungi melamin.
 
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata Jabatan Kesihatan Selangor (JKN) telah diarahkan untuk mengambil sampel susu UHT yang diimport oleh syarikat Hybrid Allied Sdn Bhd bagi tujuan analisis melamin semalam.
 


Sampel susu berkenaan diambil di gudang penyimpanan di Biforst Logistics Sdn Bhd di Shah Alam, Selangor yang merupakan gudang tunggal yang menyimpan bekalan susu UHT yang diimport syarikat berkenaan, katanya.

"Persampelan tersebut akan dijalankan pada kadar segera dan keputusan analisis akan diketahui dalam tempoh tiga hari dari tarikh persampelan," katanya dalam kenyataan media hari ini. 
 
 
 
Tiada logo halal

Isu itu timbul ekoran dakwaan Yang Dipertua Ibu Bapa dan Guru (YDP PIBG) Sekolah Kebangsaan Kubur Panjang, Alor Setar, Kedah, Shaharol Niza Omar, yang dilaporkan menyatakan susu UHT yang diimport oleh syarikat itu untuk Program Susu 1Malaysia (PS1M) tidak mempunyai logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

Beliau turut meragui keselamatan produk tenusu UHT berkenaan yang dikhuatiri mengandungi melamin, memandangkan kandungan susu hanya 40 peratus manakala 60 peratus lagi adalah bahan lain termasuk High Fructose Corn Syrup (HFCS), yang dikaitkan boleh menyebabkan peningkatan kadar obesiti sebanyak tiga kali ganda dan diabetes sebanyak tujuh kali ganda.

Mengenai penggunaan HFCS, Rosnah berkata berdasarkan Peraturan 129, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, HFCS adalah dibenarkan penggunaannya sebagai bahan pemanis untuk ditambahkan dalam produk makanan.

Katanya berdasarkan maklumat daripada Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan, terdapat kajian di luar negara yang mengaitkan penggunaan HFCS dengan peningkatan obesiti walaupun tidak terdapat kajian khusus mengenainya yang dijalankan di Malaysia. 



Risiko berlebihan berat

HFCS merupakan salah satu gula tambahan yang sering digunakan dalam produk minuman komersil dan seperti gula tambahan yang lain, pengambilan minuman yang mengandungi HFCS secara berlebihan boleh meningkatkan risiko berlebihan berat kerana pengambilan kalori yang berlebihan.

Rosnah berkata berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pihak kilang, penggunaan HFCS dalam produk susu UHT keluarannya hanyalah 4.3 peratus daripada jumlah keseluruhan ramuannya.

"Memandangkan kandungan susu UHT yang dibekalkan kepada murid-murid sekolah bagi Program Susu 1Malaysia hanya mengandungi 4.3 peratus HFCS dan dibekalkan dua kali seminggu sahaja, susu UHT tersebut secara khususnya mungkin tidak boleh menyebabkan obesiti melainkan jika pengambilan makanan lain tidak terkawal," katanya. -Bernama

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Isu Susu 1Malaysia Tidak Halal? Dikhuatiri Ada Melamin? By Mohd Rohaizad. Published: 19.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...