CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kes Buli: Pelajar SMK Raja Abdullah Digantung Sekolah





Berkenaan dengan kes buli di SMK Raja Abdullah, Empat orang pelajar sebuah sekolah menengah di Kepong yang dirakam sedang membuli seorang rakan sekelas mereka sebagaimana yang dimuatnaikkan di dalam rangkaian YouTube internet telah digantung persekolahan mereka berkuatkuasa serta merta.

Di atas terdapat video kejadian kes buli yang berlaku di SMK Raja Abdullah, anda lihat dan berikan pendapat.

Kejadian tersebut disahkan berlaku di SMK Raja Abdullah, Kepong. Hukuman yang dikenakan ke atas mereka ialah pengantungan selama 14 hari.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong mengesahkan perkara itu dalam twitternya, Isnin.
Beliau juga mengesahkan mereka yang terlibat akan diwajibkan melalui proses kaunseling.

“Satu pertemuan telah pun diadakan dengan Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan (Mohd Adenan Deraman), wakil pihak sekolah, mangsa buli dan juga wakil keluarganya untuk menangani isu ini," katanya.

Menurut Dr Wee, keluarga murid yang menjadi mangsa buli itu berpuas hati dengan tindakan segera yang diambil oleh pihak jabatan dan sekolah.

Malah katanya, selepas mendengar pandangan semua pihak, pihak jabatan juga bersetuju untuk menukar pelajar yang dibuli itu ke sebuah sekolah berdekatan.

Dr Wee berkata demikian sebagai mengulas insiden klip video tiga minit itu yang menunjukkan beberapa orang pelajar menarik dan memotong rambut seorang rakan sekelas mereka. Rakaman tersebut dimuatnaikkan dalam laman YouTube Sabtu lalu dan disiarkan oleh media massa pada Ahad.

Rakaman itu juga menunjukkan bagaimana mangsa turut dihentak dengan buku di kepala dan bagaimana lehernya ditarik dengan tali leher.

Rakaman itu turut menunjukkan bagaimana mangsa menagis teresak-esak dan memohon belas ehsan mereka yang membulinya tetapi rayuannya tidak diendahkan dan mereka terus membulinya dengan teruk.

Dalam pada itu, Mohd Adenan berkata, pihak jabatan memandang serius kejadian itu dan akan turut memberi bantuan kaunseling kepada pelajar yang menjadi mangsa itu.

Mohd Adenan juga memaklumkan bahawa pelajar-pelajar yang terlibat dalam kejadian itu telah pun memohon maaf kepada mangsa.

Ketua Polis Daerah Sentul, Penolong Komisioner Zakaria Pagan pula berkata, pihak polis ada menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan daripada salah seorang keluarga mangsa. (MStar)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kes Buli: Pelajar SMK Raja Abdullah Digantung Sekolah By Mohd Rohaizad. Published: 9.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...