CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kes Gaduh Hafiz AF7: Berebut Awek? Kisah Peribadi


Kes gaduh Hafiz AF7, kisah peribadi terbaru yang hot betul ke Hafiz berebut awek? Tidak mahu memberi sebarang penjelasan tentang pergaduhannya dengan seorang floor manager untuk sebuah program talk show yang dikatakan berpunca akibat perebutan seorang wanita, sebaliknya Juara Akademi Fantasia Musim 7, Hafiz, lebih selesa untuk berdiam diri dan mengganggap ianya adalah kisah yang terlalu peribadi untuk diketahui umum.
 
Malah, Hafiz AF7 hanya memberitahu kedatangannya ke tempat kejadian iaitu Stadium Negara hanya sekadar untuk menjalani penggambaran bagi program talk show yang dikendalikan oleh pengacara dan penyampai radio Sinar, Salleh Yaacob.



"Terus-terang saya tak mahu menjawab atau memberi sebarang penjelasan mengenai hal ini. Bagi saya ianya terlalu peribadi untuk saya ulas atau beritahu. Saya pun manusia biasa yang sering membuat kesilapan.

"Saya juga tak mahu bila saya mula memberi sebarang komen, perkara ini akan menjadi lebih besar dan berlarutan. Apa yang boleh saya katakan saya ke sana hanya untuk menyelesaikan tugas serta kerja saya dan selebihnya biarlah saya sendiri yang simpan," jelasnya.

Dalam pada itu, apabila ditanya adakah wanita yang menjadi punca pergaduhan mereka itu adalah penyanyi, Adira. Hafiz AF7 sekali lagi memebritahu bahawa dia tidak mamhu memberikan sebarang komen tentang hal tersebut.

Namun, Hafiz akui hubungnnya dengan Naib Juara AF8 sudah mula dicambah dengan bibit-bibit cinta.

"Saya tak mahu memberi apa-apa komen, lagipun Adira pun tak ada di tempat kejadian. Memang Adira merupakan teman rapat saya. Kami sekarang tengah mengenal hati budi masing-masing.

"Namun hubungan saya dan Adira masih di peringkat awal untuk dikatakan sebagai pasangan kekasih. Lagipun saya kami masih muda dan kami mahu menumpukan sepenuhnya pada karier kami. Soal jodoh kami hanya serahkan pada Tuhan untuk menentukannya," kata Hafiz AF7.

Tambah Hafiz AF7 lagi, buat masa sekarang dia lebih selesa untuk bercakap tentang kerjayanya daripada bercerita mengenai hal peribadinya itu.

Biarpun tindakan Hafiz untuk tidak mahu memberi sebarang komen itu sedikit sebanyak bakal menimbulkan pelbagai spekulasi yang kurang enak daripada masyarakat, namun dia yakin peminatnya kini sudah pandai menilainya.

"Terpulanglah apa yang orang nak fikir tentang diri saya nanti. Tapi saya yakin orang kini lebih bijak untuk menilai seseorang. Bukan hanya sekadar mendengar rumours semata-mata," tambahnya lagi. (Murai)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kes Gaduh Hafiz AF7: Berebut Awek? Kisah Peribadi By Mohd Rohaizad. Published: 18.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...