CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kes Maybank Disaman RM1.28 Billion Berhubung P&P


 
Berhubung dengan kes Maybank disaman, sebuah syarikat pemaju yang memfailkan saman RM1.28 bilion terhadap Malayan Banking Berhad disebabkan pelantikan dua individu sebagai Penerima dan Pengurus (P&P) bagi mengambil alih pengurusan syarikat itu akan didengar di Mahkamah Tinggi pada 21 dan 22 September depan.
 
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas mengadakan pertemuan dengan kedua-dua pihak apabila kes itu disebut di hadapan beliau untuk pengurusan kes.

Pada 21 Mac lepas, Bistari Land Sdn Bhd memfailkan saman terhadap bank berkenaan dan menamakan Datuk Gan Ah Tee dan Mok Chew Yin yang merupakan ejen kepada bank itu, sebagai defendan dan mendakwa pelantikan kedua-dua defendan itu sebagai P&P oleh bank itu telah menyebabkan syarikat tersebut mengalami kerugian.

Peguam Sng Eu Kim mewakili syarikat itu manakala peguam Lim Siew Ming mewakili Malayan Banking dan peguam Lee Shih mewakili Ah Tee dan Chew Yin.

Eu Kim memberitahu pemberita, mahkamah juga menetapkan 27 Mei ini untuk pengurusan kes.

Dalam pernyataan tuntutannya, syarikat itu yang terlibat dalam projek pembangunan bercampur Bandar Bistari Perdana di Johor Bahru, mendakwa walaupun syarikat itu telah memfailkan permohonan injunksi di Mahkamah Tinggi Johor Baharu bagi menghalang bank itu daripada melantik P&P dalam syarikat itu, bank itu masih melantik P&P. (Utusan)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kes Maybank Disaman RM1.28 Billion Berhubung P&P By Mohd Rohaizad. Published: 9.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...