CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Kes Tanah runtuh: Lebih 30 Orang Tertimbus Di Kajang


Kes tragedi tanah runtuh, lebih 30 orang penghuni anak yatim tertimbus di Ulu Langat, Kajang. Dua mayat kanak-kanak iaitu penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di situ, sebentar tadi.

Sebelum ini, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.

 Gambar Mangsa Tanah Runtuh Ulu Langat Dibawa Keluar Ke Hospital

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan ada penghuni yang terkorban dalam kejadian itu.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.

 MANGSA kejadian tanah runtuh di Kajang.

'Tiba-tiba tanah kejar saya': Saksi tragedi tanah runtuh 

"Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya," kata Ketua Warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohamad Hambali Ismail, 34, ketika ditemuramah wartawan Berita Harian Online, sebentar tadi.

Katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.

"Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya. 
Beliau berkata, sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid.

Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.

Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.

Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.

Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.

"Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.

"Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya," katanya.

 49 anak yatim berkumpul ketika tanah runtuh: Polis

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, seramai 49 orang berada di kawasan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis ketika kejadian tanah runtuh itu berlaku.

Katanya, seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20 pelajar dan empat warden."Difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau juga berkata, dua mangsa yang maut masing-masing berumur 11 dan 14
tahun.

Sementara itu, Tun Hisan meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian supaya menjauhkan diri mereka kerana bimbang tanah runtuh berlaku lagi. 

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebentar tadi mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberi bantuan segera.

Ini dinyatakan Khalid dalam laman Twitternya, sebentar tadi.

 Gambar mangsa tanah runtuh dibawa keluar



Senarai Nama Mangsa Tanah Runtuh Hulu Langat

Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat semalam.

Sehingga pukul 5.30 pagi ini, semua mangsa yang tertimbus telah dikeluarkan oleh pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban manakala sembilan lagi cedera.

Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap.

Senarai nama mangsa :

1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Zaim *
7) Angah *
8) Rahimi *
9) Zaid Ashwal, 18,
10) Riz, 9,
11) Lokman, 11,
12) Fahad, 9,
13) Aiman, 10,
14) Hazim, 9,
15) Mustakim *
16) Hasril, 11,

Sembilan yang terselamat:

1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8) Din, 30,
9) Syafiq, 23,

* umur tidak diketahui

Ulasan YDP /Pengetua  Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Batu 14

“Saya tidak mahu cakap apa-apa... anak-anak saya baru sahaja pergi (meninggal dunia).”


Itulah ayat yang mampu dikatakan oleh Idris Musa, Yang Dipertua Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Batu 14 dekat ini berhubung tragedi tanah runtuh yang mengejutkan seluruh negara, semalam.

Justeru kata Idris Musa, beliau memerlukan sedikit masa untuk bertenang sebelum memberikan sebarang kenyataan media.

“Tolonglah... tolonglah... berikan saya masa, saya masih tidak boleh nak cakap apa-apa lagi.

“Keadaan saya belum tenang lagi, saya perlu ambil sikit masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden yang menimpa rumah anak-anak yatim itu, menyebabkan kematian 16 orang manakala sembilan yang lain cedera.

Seramai tujuh mangsa yang terbunuh telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburun Islam Dusun Nanding di sini kira-kira pukul 3.20 petang tadi.

Mereka ialah Dzahir Haziq M. Muin, 17; Mohd Hazim Sapri, Mohd Azrel Azahari, 8; Wan Ahmad Hasril Hazim, 19; Mohd Mustakim Mamat, 12; Mohd Zaim Azahawi, 14, dan Mohd Imal Fahad, 9.

Sementara itu, seorang sukaralewan rumah anak-anak yatim tersebut, Roslan Osman, 69, berkata, ketika kejadian beliau tidak berada bersama kesemua mangsa kerana dalam perjalanan ke Muar atas urusan kerja.
Namun jelas Roslan, dalam perjalanannya beliau mengambil keputusan untuk patah balik kerana rasa tidak sedap hati.

“Ketika itu saya masih belum tahu kejadian itu sudah berlaku, tetapi dalam perjalanan balik saya dimaklumkan oleh kawan-kawan berlaku tanah runtuh di rumah itu.

“Saya berusaha mendapatkan bantuan kawan-kawan lain yang berada di kawasan berhampiran untuk menghulurkan bantuan,” katanya.

Beliau dimaklumkan kejadian itu kira-kira pukul 2 petang sebelum tiba di kawasan itu pada pukul 5.30 petang.

Roslan juga berkata, ini adalah kejadian tanah runtuh pertama berlaku di kawasan itu dan menyifatkannya sebagai “sangat teruk.”

“Sebelum ini ada tanah-tanah jatuh bergolek ke kawasan ini tapi ia tidak apa-apa dan kami di sini buang semula tanah-tanah yang bertaburan.

“Tapi kali ini adalah kejadian yang sangat teruk, ia pertama kali berlaku di sini,” katanya yang sudah menjadi sukarelawan sejak 10 tahun lalu.

Beliau juga berkata, amat terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Saya amat terkejut, saya tidak menyangka kejadian ini akan berlaku di sini,” katanya.

Dalam kejadian itu, seramai 25 orang yang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim tertimbus.

Laporan semalam menyebut ada 49 orang di lokasi kejadian.

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus.

Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi tadi.

Sementara itu, ibu saudara Haziq, Zaiton Abdullah yang tiba dari Terengganu menangis teresak-esak apabila tiba di tanah perkuburan sambil berkata, “saya tidak sempat untuk jumpa dengan (Haziq).”

“Dia (Haziq) anak yang baik, kakak tidak sempat untuk jumpa.

“Kakak dah anggap dia macam anak sendiri, kakak jaga dia sejak dia kecil lagi,” katanya sambil ditenangkan ahli keluarga lain.

Zaiton berkata dia dimaklumkan kejadian yang menimpa Haziq malam tadi dan bergegas ke Kajang awal pagi tadi.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Kes Tanah runtuh: Lebih 30 Orang Tertimbus Di Kajang By Mohd Rohaizad. Published: 21.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...