CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Konsert Kenny G: Diana Danielle Penyanyi Pembuka Tirai "Opening Act"


Betul ke Diana Danielle menjadi penyanyi pembuka tirai "opening act" untuk Konsert Kenng G nanti? Ya, begitulah seperti yang diwar-warkan. Artis sensasi Diana Danielle yang amat dikenali di persada seni melalui kebolehan lakonan beliau mencipta kejutan dan sejarah tersendiri apabila terpilih sebagai penyanyi pembuka tirai di Konsert Kenny G yang akan berlangsung di Plenary Hall. KLCC pada Selasa, 24 Mei 2011 nanti.

Ramai penyanyi tempatan yang mengidamkan peluang dipilih sebagai penyanyi pembuka tirai kepada mana-mana artis antarabangsa malah yang telah bergelar legenda seperti peniup saksofon instrumental Kenny G.



Diana Danielle yang akan melahirkan single pertama beliau hasil ciptaan beliau sendiri "Tak Pernah Ada", akan menghadapi cabaran tersebut bagi membuktikan keupayaan beliau untuk berjaya di dalam industri seni suara dengan ujian paling getir yang mana pentas tersebut akan menjadi pengukur beliau sebagai penyanyi yang berkaliber. Keberaniaan Diana Danielle menyahut cabaran ini sudah pasti menjadi tumpuan para peminat industri hiburan pada 24 Mei ini.

Kelainan dan daya penarik konsert Kenny G kali ini ialah sikap sayangnya kepada peminat apabila Kenny G akan meluangkan masa sebelum dan selepas konsert beliau untuk menandatangani setiap CD dan barangan Kenny G di luar dewan persembahan. Ini jarang-jarang sekali berlaku dan menunjukkan sikap rendah diri dan menghargai para peminat Kenny G yang harus dicontohi oleh mana-mana artis tempatan dan antarabangsa yang datang berkunjung untuk menyaksikan konsert itu di tanah air kita.



Juga persembahan Kenny G juga mementingkan kepuasan para peminat dengan menghidangkan persembahan selama 2 jam 10 minit. Sudah pasti memberi nilai maksiima kepada harga tiket yang dibayar.

Persembahan Diana Danielle dan Kenny G pada  May 24 di Plenary Hall, KL Convention Centre akan bermula pada 8.30pm. Tiket berharga RM888 (Platinum), RM498 (Gold), RM298 (Silver) and RM198 (Bronze) masih ada terjual. Tik­et juga boleh ditempah melalui online di www.airasiaredtix.com and www.ticketpro.com.my. Mereka yang membeli tiket Platinum akan dapat secara PERCUMA album terbaru Heart and Soul. Kenny G Live In Malaysia dibawa khas oleh JS Concert Productions. (Gua)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Konsert Kenny G: Diana Danielle Penyanyi Pembuka Tirai "Opening Act" By Mohd Rohaizad. Published: 18.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...