CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Lady Gaga: Artis Selebriti Hiburan Paling Berpengaruh (Majalah Forbes)


Betul ke Lady Gaga artis selebriti hiburan yang paling berpengaruh di dunia pada masa kini? Ya! bukan calang-calang orang, penyanyi Lady Gaga merupakan selebriti paling berpengaruh dalam bidang hiburan menurut senarai di majalah Forbes.
 
Gaga yang tersenarai dalam 100 selebriti paling berpengaruh Forbes itu dilaporkan memperoleh pendapatan sebanyak RM13.5 bilion sepanjang setahun dia terbabit dalam industri seni baik dari segi persembahan nyanyian, pembabitan dalam filem mahupun di pentas peragaan.

 Gambar Lady Gaga Artis Paling Berpengaruh 2011

Selain itu penyanyi yang popular dengan lagu Bad Romance itu turut memecahkan tradisi dengan penampilan video yang unik serta imej fesyen yang tersendiri dan pelik.

Dalam pada itu Gaga turut menerima penaja yang banyak yang antaranya seperti jenama Polaroid, Virgin Mobile, Monster Cable dan Viva Glam.

Kedudukan Gaga dalam carta Forbes tersebut bukan kerana berjaya memperoleh sebanyak RM270 juta menerusi konsert jelajahnya sahaja bahkan dia juga mempunyai seramai 32 juta peminat di akaun Facebook miliknya dan 9.5 juta peminat menjadi pengikut Twitter Gaga.

Lebih menarik tentang fenomena Gaga, lagu Born This Way berjaya dimuat turun sebanyak 1 juta kali dalam jangka masa lima hari sahaja.

Sementara itu, Oprah menduduki tempat kedua paling berpengaruh apabila memperoleh pendapatan sebanyak RM870 juta diikuti dengan Justin Bieber di tempat ketiga dengan pendapatan sebanyak 159 juta walaupun baru berusia 17 tahun. -MStar

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Lady Gaga: Artis Selebriti Hiburan Paling Berpengaruh (Majalah Forbes) By Mohd Rohaizad. Published: 20.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...