CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Macho Man Gusti WWF Professional Mati Terbunuh Kemalangan


Betul ke Macho Man ahli gusti WWF profesional mati akibat terbunuh kemalangan jalan raya? Bekas ahli gusti professional Amerika Syarikat yang terkenal dengan gelaran "Macho Man" Randy Savage, 58, maut dalam kemalangan jalan raya semalam berdekatan rumahnya di Seminole, Florida, menurut Polis Lebuh Raya Florida.

"Macho Man" Randy Savage

Bekas juara itu yang dikenali dengan suara gurau, pakaian berwarna-warni dan laungan "oooh, yeah" dikatakan hilang kawalan ketika memandu Jeep Wrangler 2009 pada kira-kira jam 9.25 pagi waktu tempatan, kata pegawai penyiasat kemalangan. 
 Gambar Macho Man antara pengusti lagenda bersama Hulk Hogan

Beliau merempuh pembahagi jalan konkrit dari arah bertentangan sebelum melanggar pokok dan maut akibat kecederaan di hospital berdekatan. Takziah diucapkan kepada keluarga mediang.

Kisah Versi Penuh Macho Man

Bintang gusti terkenal era tahun 1980-an dan sezaman dengan Hulk Hogan, Randy 'Macho Man' Savage meninggal dunia di Seminole, Florida, Amerika Syarikat (AS) selepas terlibat dalam satu kemalangan kerana diserang sakit jantung ketika memandu.


Berusia 58 tahun, kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar sebatang pokok pada pukul 9.25 pagi waktu tempatan.

 Aksi 'Macho Man' melawan Hulk Hogan dalam pertarungan Wrestlemania V pada tahun 1989 di Atlantic City.

Isterinya, Lynn Payne yang dikahwini sejak Mei tahun lalu turut berada di dalam kenderaan sama. Payne bagaimanapun selamat dengan hanya mengalami cedera ringan.

Macho Man yang nama sebenarnya ialah Randy Mario Poffo cukup terkenal dengan fesyen pakaian berwarna terang, topi koboi dan ungkapan 'Ooh yeah!'. Memulakan kerjaya sebagai ahli gusti profesional pada tahun 1985, Savage telah memenangi lebih 20 gelaran dalam pertandingan gusti WWF, WCW dan WWE. - Reuters

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Macho Man Gusti WWF Professional Mati Terbunuh Kemalangan By Mohd Rohaizad. Published: 21.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...