CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Maharaja Lawak Ke-8: Undian Terkini, R2 Kembali, Man Tersingkir


Maharaja lawak minggu ke-8, undian terkini menunjukkan Man tersingkir dan undian semula R2 kembali bersaing. Betul ke R2 mampu bersaing? Pada pendapat saya R2 tetap akan terkeluar juga tetapi memandangkan mereka kembali bersaing, saya berharap ada pembaharuan dalam lawak mereka.

Peserta Man atau nama sebenarnya Abd rahman Kasim, 33, terpaksa meninggalkan pentas Maharaja Lawak selepas diumumkan tersingkir oleh juri tetap Ahmad Idham pada minggu kelapan program tersebut, Jumaat.

Menurut Man, dia sudah menjangkakan penyingkiran akan berlaku pada dirinya kerana mengakui, persembahan lawaknya tidak sehebat peserta-peserta lain yang bertanding.

"Sebenarnya dari awal pertandingan lagi saya dah boleh agak siapa yang akan mara ke peringkat akhir.

 Maharaja Lawak Ke-8: Man Tersingkir

"Lagipun saya sedar persembahan saya tidaklah sehebat mana, ditambah pula dengan ketiadaan masa yang secukuonya untuk berlatih kerana mempunyai komitmen penggambaran drama. Apa pun, saya bersyukur kerana berjaya sehingga ke tahap ini," katanya yang ditemui selesai pertandingan tersebut di Studio Finas, Ulu Kelang.

Pada malam pertandingan tersebut, Man telah mendapat markah terendah sebanyak 29 peratus (%) dan dua lagi peserta yang mendapat markah terendah ialah kumpulan Balas (43%) dan Nabil (49%).

Seperti minggu lalu, kumpulan Jambu mendapat markah tertinggi sebanyak 59%, diikuti dengan Jozan (57%), Sepah (52%) dan R2 (50%).

Pada malam itu, ramai yang terkejut dengan markah nabil yang tersenarai dalam tiga peserta terendah.

Bagaimanapun kata Ahmad Idham, markah tersebut tidak memberi kejutan terhadap pihak juri kerana melihatkan prestasi persembahan lawak nabil yang semakin menurun.

Bagi kumpulan R2, kemunculan semula selepas diundi masuk sebanyak 51,134 undian menerusi akaun Facebook Maharaja Lawak memberi perjuangan baru buat mereka yang tersingkir pada minggu ketiga sebelum ini.

Minggu hadapan, peserta ditugaskan untuk membuat persembahan bersama dengan pelawak profesional yang akan dipilih oleh pihak juri sendiri.

Selain Ahmad Idham, Mamat Khalid dan Saiful Apek turut menjadi juri bagi progran tersebut.

Program Maharaja lawak disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna pada setiap Jumaat.

Anda berminat untuk tengok Maharaja Lawak secara online internet di Youtube? Sila enjoy video setiap peserta dibawah. :)














































Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Maharaja Lawak Ke-8: Undian Terkini, R2 Kembali, Man Tersingkir By Mohd Rohaizad. Published: 21.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...