CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Maharaja Lawak Minggu ke-6, Undian Markah Terkini Tiada Penyingkiran


 
Program realiti Astro, Maharaja lawak minggu ke-6, undian markah terkini, meskipun nama Man, Amir dan Balas telah diumumkan sebagai tiga peserta yang menerima undian terendah, namun tiada sebarang penyingkiran dilakukan di minggu ke 6 Maharaja Lawak yang berlangsung di studio Finas, Ulu Kelang, malam tadi.
 
Keputusan tersebut diumumkan sendiri oleh juri tetap Maharaja Lawak, Saiful Apek diakhir rancangan. Sementara seorang lagi juri tetap Maharaja Lawak, Ahmad Idham telah mengumumkan tema untuk minggu hadapan ialah Silent Comedy.

Pun begitu, terdapat kejutan serta drama lain yang bakal berlaku pada minggu hadapan iaitu minggu ke 7 Maharaja Lawak kerana satu mekanisme dan eleman baru akan diserapkan pada minggu tersebut.

Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata mekanisme tersebut tidak jauh bezanya seperti konsep program realiti antarabangsa, Survivor dan The Apprentice yang mana setiap peserta Maharaja Lawak akan diberi peluang untuk mengundi satu nama peserta yang mereka mahu singkirkan.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, akan ada banyak kejutan yang bakal berlaku di Maharaja Lawak. Ianya sekadar untuk menjadikan program ini berbeza daripada format Raja Lawak sebelum ini.

"Bagi menjadikannya lebih menarik, kami akan laksanakan satu mekanisma baru yang mana peserta juga turut berpeluang mengundi tetapi mengundi peserta yang mereka mahu singkirkan daripada Maharaja Lawak.

"Jadi selepas kami mendapat keputusan daripada undian juri dan pesanan ringkas (SMS), barulah kami akan menilai dan padankan antara undian tersebut dengan undian antara peserta.

"Ianya begini, jika peserta yang mendapat undian penyingkiran paling banyak daripada peserta lain tetapi jumlah undian juri dan SMS nya paling tinggi dia akan terselamat.

"Tetapi jika nama peserta yang mendapat undian penyingkiran paling banyak daripada peserta lain dan dalam masa yang sama tidak berjaya mendapat undian juri dan SMS yang paling tinggi dia akan disingkirkan," jelasnya ditemui selaps siaran langsung Maharaja Lawak, di Studio Finas, malam semalam.

Tambah Nizam lagi, mekanisma tersebut bakal dilaksanakan bagi satu minggu sahaja iaitu pada minggu hadapan kerana tedapat pelbagai kejutan lain yang akan berlaku di Maharaja Lawak.

Pada minggu ketujuh Maharaja Lawak yang bakal membawa tema Silent Comedy masih lagi dapat mengekalkan peserta yang sama seperti dalam minggu ke enam iaitu Jozan, Jambu, Sepah, Nabil, Balas, Man, dan Amir.

Program Maharaja Lawak telah berlangsung di Studio Finas, Hulu Klang dan ia disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132). (Murai)

Peratusan markah undian terkini minggu ke-6 setakat malam semalam:
  1. Jambu - 59
  2. Jozan- 57
  3. Nabil - 56
  4. Sepah- 55
  5. Man- 51
  6. Balas- 43
  7. Amir- 31

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Maharaja Lawak Minggu ke-6, Undian Markah Terkini Tiada Penyingkiran By Mohd Rohaizad. Published: 7.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...