CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Maharaja Lawak Minggu Ke-7: Amir Disingkirkan, Undian Masuk Semula


Maharaja Lawak minggu ke-7, akhirnya setelah tujuh minggu berjuang dalam gelanggang Maharaja Lawak, Amir diumumkan sebagai peserta terbaru yang disingkirkan dalam Maharaja Lawak yang bersiaran secara langsung sebentar tadi.

Namun penyingkiran Amir itu telah dibayangi satu berita mengejutkan dari hos, AC Mizal yang mengumumkan semua peserta Maharaja Lawak yang telah tersingkir, berpeluang kembali menyertai program itu melalui undian masuk di laman social Facebook.



Ini bermakna, kumpulan Wai, R2, XN3, Alex, Jihan dan Amir sendiri berpeluang kembali beraksi di minggu kelapan Maharaja Lawak sekiranya mereka mendapat undian tertinggi menerusi fungsi 'LIKE' di Facebook. Peminat yang ingin mengundi boleh melayari laman www.facebook.com/MaharajaLawak dan kemudian tekan butang 'LIKE' di gambar peserta yang ingin diundi mereka.

Terdahulu, tema untuk Maharaja Lawak minggu ini ialah 'silent comedy' dan peserta dikehendaki beraksi di atas pentas tanpa bersuara tetapi dibenarkan menggunakan prop dan bantuan muzik latar. Mekanisme penyingkiran baru juga telah diwujudkan untuk malam ini di mana peserta yang sedia ada dikehendaki memilih sendiri peserta mana yang ingin mereka singkirkan. Pilihan mereka kemudian akan dipadankan dengan himpunan markah dari juri dan undian penonton untuk menentukan siapa yang tersingkir.

Dan dari kesimpulan itu, Mohd Amirullah bin Azmi atau Amir, 22, diumumkan sebagai peserta keenam tersingkir oleh salah seorang juri tetap, pengarah Ahmad idham. Sebaliknya, kumpulan Jambu telah diumumkan sebagai peserta yang menduduki tempat pertama oleh seorang lagi juri tetap, Mamat Khalid. Seorang lagi juri tetap yang turut bertindak sebagai pengkritik ialah Saiful Apek.

Amir ialah pemenang tempat ketiga Raja Lawak musim ketiga yang dimenangi kumpulan Sepah. Penyertaannya ke dalam Maharaja Lawak turut mendapat kritikan kerana kegagalannya menghasilkan lawak yang berkualiti serta menepati konsep.

Program Maharaja Lawak telah berlangsung di Studio Finas, Hulu Klang dan ia disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132). (Murai)

Disini akan memaparkan keputusan markah terkini Maharaja Lawak minggu ke-7:



Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Maharaja Lawak Minggu Ke-7: Amir Disingkirkan, Undian Masuk Semula By Mohd Rohaizad. Published: 14.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...