CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Maharaja Lawak Minggu Ke-9: Kumpulan Balas Tersingkir - Undian Terkini


Maharaja Lawak Minggu Ke-9: Kumpulan Balas tersingkir kerana mendapat markah undian terkini begitu rendah. Selepas sembilan minggu beraksi, akhirnya Kumpulan Balas kecundang selepas diumumkan tersingkir oleh juri tetap Ahmad Idham pada minggu kesembilan program tersebut, Jumaat. Semalam.

Kumpulan Balas yang terdiri daripada Fandi Muhammad, 25 tahun, dan Mohd Shukri Mohd Sahar, 24 tahun, terpaksa akur dengan keputusan tersebut kerana mengakui persembahan pada malam itu tidak sehebat peserta-peserta lain.

"Kami agak kesal apabila disingkir dengan meninggalkan persembahan akhir yang teruk dan bukannya persembahan yang terbaik.

 Maharaja Lawak Minggu Ke-9: Kumpulan Balas Tersingkir

"Ini semua kerana kekurangan latihan yang secukupnya memandangkan kami kini sibuk dengan beberapa lakonan dan kami tahu di peringkat sebegini, jika persembahan tidak bagus, secara automatik pasti kita akan disingkir terus," kata Fandi yang ditemui selesai pertandingan tersebut di Studio Finas, Ulu Kelang.

Tambah Shukri pula, dia bersama Fandi kini menjadi artis residen Metrowealth (MIG) dan berharap agar kumpulan balas dapat kekal hingga akhir hayat.

Undian Markah Terkini Maharaja Lawak Minggu Ke-9

Balas mendapat markah terendah iaitu sebanyak 35 peratus (%). Kumpulan jambu pula meraih tempat pertama dengan mengumpul markah sebanyak 56% diikuti dengan Jozan (53%), Nabil (50%) Sepah (49%) dan R2 (40%).

Pada malam pertandingan tersebut, peserta dikehendaki membuat persembahan bersama pelawak profesional undangan seperti Sathia yang bergandingan dengan R2, Bell Ngasri (Balas), AR Badul (Sepah), Sharifah Shahira (Nabil), Kenchana Devi (Jozan) dan Acong (Jambu).

Selepas tamatnya acara penyingkiran, pengacaranya, AC Mizal membuat pengumuman khas di mana persembahan peringkat akhir tidak akan berlangsung pada minggu hadapan dan akan ditangguhkan selama tiga minggu.

 Kumpulan Balas Markah Undian Terkini Rendah

Justeru itu, pada minggu hadapan, persembahan Maharaja Lawak akan berlangsung di Penang International Sports Arena, Pulau Pinang diikuti dengan minggu seterusnya (10 Jun 2011) di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan dan pada 17 Jun depan pula akan berlangsung di Dewan Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru, Johor.

Menurut pengurus Astro Prima, Nizam Sani, penangguhan selama tiga minggu itu diputuskan kerana ingin membuat acara siaran langsung di luar Kuala Lumpur.

"Sebenarnya ia telah dirancang lebih awal dan hal ini disebabkan untuk memberi peluang kepada pelanggan Astro Warna di luar bandar turut merasai kehangatan ketika berada di tempat rakaman secara langsung.

"Sebab itu kami pilih tiga lokasi ini dimana ia dapat memuatkan lebih daripada 2500 orang penonton.

"Pada hari pertandingan tersebut, beberapa acara karnival turut diadakan di sebelah petang," katanya.

Rencana: Pesta Kaamatan



Sambungan: Maharaja Lawak Berehat Dilanjutkan 3 Minggu Lagi

Hasrat kumpulan Balas untuk berjuang hingga ke peringkat akhir Maharaja Lawak nampaknya terpaksa dipadamkan setelah mereka dimumkan oleh juri tetap Saiful Apek sebagai peserta yang tersingkir pada minggu ke sembilan.


Malah Balas yang terdiri daripada Fandi Muhammad (Fendi)dan Mohd Shukri Mohd Sahar (Shuk) terpaksa menerima keputusan tersebut setelah mengaku persembahan mereka pada minggu tersebut adalah antara yang paling tidak memuaskan.

"Tiada apa lagi yang boleh kami sesalkan. Saya akui memang persembahan kami minggi ini adalah antara yang paling teruk sekali.

"Sebenarnya kami tidak cukup masa untuk melakukan latihan disebabkan masing-masing sibuk dengan tuntuan berlakon.

"Kami bagaikan dapat menjangka yang kami akan tersingkir minggu ini. Itu pun setelah melihat hanya tinggal peserta yang hebat dan handal sahaja yang tinggal dalam Maharaja Lawak ini. Apatah lagi, ditambah pula dengan persediaan yang tidak cukup dari kami pada malam ini,"jelas Fendi.

Shuk yang baru selesai pengambaran filem Adnan Sempit 2, bakal menjalani pengambaran bersama rakannya, Fendi dalam telemovie Saya Tahu Apa Awak Buat Raya Lepas.

Selain Balas, R2 dan Sepah antara peserta yang mendapat jumlah undian paling terendah daripada juri dan penonton di gelanggang Maharaja Lawak yang berlangsung di Finas, malam semalam.

Selepas penyingkiran dilakukan, pengacara AC Mizal terus mengumumkan bahawa Maharaja Lawak yang sepatutnya berakhir minggu hadapan bakal dilanjutkan lagi hingga 3 minggu.

Menariknya,pada 3 minggu tersebut Maharaja Lawak bakal bersiaran secara langsung di 3 lokasi berbeza iaitu di Penang International Sports Arena (PISA) pada 3 Jun, Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan Pahang pada 10 Jun dan Dewan Tertutup Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB), Johor pada 17 Jun ini.

Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata tujuan Maharaja Lawak dilanjutkan dan diadakan di tiga lokasi berbeza adalah untuk memberi peluang kepada negeri lain serta orang ramai merasai kehangatan program tersebut.

"Sebenarnya kita sudah merancang perkara ini sejak awal lagi dan hari ini kita baru umumkan supaya ianya menjadi kejutan yang menggembirakan. Apatah lagi, tempat yang kami pilih itu bakal memuatkan penonton dari 2500 hingga 4000 orang.

"Bukan sahaja persembahan Maharaja Lawak, kami juga akan mengadakan sedikit karnival daripada jam 6 petang pada hari berkenaan.

"Apa yang pasti dalam karnival itu nanti, kita akan adakan beberapa aktiviti dan gerai yang melibatkan hampir semua peserta Maharaja Lawak mahupun yang telah tersingkir," jelasnya selepas berakhirnya Maharaja Lawak minggu kesembilan malam semalam.

Orang ramai yang berminat untuk menyaksikan rakaman Maharaja Lawak tersebut perlu menghadirkan diri pada jam 4 petang untuk mengambil pas masuk pada hari berkenaan.

Selain Saiful Apek, juri tetap Maharaja Lawak lain yang bakal bersama setiap minggu adalah Mamat Khalid dan Ahmad Idham.

Program Maharaja Lawak telah berlangsung di Studio Finas, Hulu Klang dan ia disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132).

Keputusan rasmi Maharaja Lawak sehingga malam semalam:
  1. Jambu - 56%
  2. Jozan - 53%
  3. Nabil - 50%
  4. Sepah - 49%
  5. R2 - 40%
  6. Balas - 35%
 Anda berminat untuk tengok  video youtube online Maharaja Lawak minggu ke-9? Sila saksikan dibawah.




































Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Maharaja Lawak Minggu Ke-9: Kumpulan Balas Tersingkir - Undian Terkini By Mohd Rohaizad. Published: 28.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...