CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Marcell Siahaan: Album "And The Story Continues…"


Marcell Siahaan: Album terbarunya dan ke-5 bertajuk "And The Story Continues…". Nama ini mungkin sudah tidak asing bagi pencinta muzik. Marcell Siahaan atau lebih mesra dengan panggilan Marcell memulakan kariernya dalam bidang muzik pada tahun 2002.

Dipengaruhi pelbagai genre muzik dari jazz hingga rock, Marcell pada tahun lepas telah bergabung dengan E-Motion Entertainment. Di bawah label tersebut, dia mengeluarkan dua single, "Takkan Terganti" dan "Peri Cintaku".
 


Single ketiga, "Sisa Semalam" diriliskan pada penghujung April lalu dan mendapat maklum balas yang cukup memberangsangkan dari umum. "Sisa Semalam" merupakan sebuah lagu ‘cover’ yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Indonesian, Java Jive.

Marcell yang sudah mempunyai empat buah album di bawah namanya – ‘Marcell’ (2003), ‘Marcell Repack’ (2004), ‘Denganmu’ (2006) dan ‘Hidup’ (2008) – bakal mengeluarkan album kelima dan terbarunya, ‘And The Story Continues…’ .

Bila ditanya mengapa memilih judul ini, Marcell menjelaskan dia ingin membuktikan bahawa “cerita cinta” Marcell diteruskan.

Album yang cukup ditunggu kemunculannya akan mengandungi 11 buah lagu. Selain "Takkan Terganti", "Peri Cintaku" dan "Sisa Semalam", lagu-lagu yang diselitkan dalam album ini termasuk "Cinta Untukmu", "Melati", "Dia Yang Kucinta", "Permainan Cinta" dan "Nusantara”.

Lebih menariknya, album tersebut juga melihat duet Marcell dan Dewi Sandra dalam lagu "Tanpa Kata". Turut terkandung dalam album ini, dua lagu saduran iaitu "Mau Dibawa Kemana" yang dipopularkan oleh Armada dan "I Knew I Loved U" oleh Savage Garden.

Marcell akan berada di ibu negara esok (16 Mei 2011) untuk mempromosikan “And The Story Continues…”.(Gua)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Marcell Siahaan: Album "And The Story Continues…" By Mohd Rohaizad. Published: 15.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...