CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Menteri Muda Sarawak Didakwa Hina Islam - Dewan Pemuda Pas


Berkenaan isu menteri muda sarawak didakwa menghina Islam oleh pihak Dewan Pemuda PAS Sarawak. Isu ini berpunca daripada langkah Majlis Islam Sarawak yang mahu mengawal pergerakan guru agama dari Semenanjung sebagai “satu diskriminasi”  dan secara tidak langsung memberi impak ke atas kemasukan mereka ke negeri Bumi Kenyalang.

Ketua Pemudanya, Arifiriazul Paijo berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan seorang anggota Kabinet negeri kerana seolah-olah menganggap guru dari Semenanjung sebagai “ekstrem” dan mahu beliau meminta maaf.



“Sepatutnya (menteri muda) YB (Datuk) Daud (Abdul Rahman) sendiri patut berterima kasih kerana mereka telah mengimarahkan surau-surau dan masjid.

“Beliau sepatutnya mengambil contoh kesungguhan mereka dalam merencana program dan aktiviti yang bermanfaat untuk diimarahkan di masjid-masjid seluruh negeri dan bukan mempolitikkan urusan agama ini,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam)

Datuk Ir. Haji Daud Abdul Rahman bahawa Majlis Islam Sarawak akan mengawal pergerakan guru agama dari Semenanjung.

Daud dipetik berkata demikian dalam laporan akhbar Borneo Post hari ini.

Kata Arifiriazul, kenyataan tersebut bersifat mengecam dan amat memilukan umat Islam Sarawak kerana mereka yang dimaksudkan selama inilah antara orang-orang yang sanggup berkorban untuk membantu menyampaikan dakwah Islam di Sarawak.

Selain itu katanya, Dewan Pemuda PAS Sarawak juga mahu Daud meminta maaf secara terbuka kepada semua guru agama yang berkhidmat di Sarawak.

Novel Hijab Sang Pencinta: Klik Disini.



Sambungan: Kawal guru agama: PAS tuntut Sarawak minta maaf

Tindakan Majlis Islam Sarawak yang didakwa mahu mengawal pergerakan guru agama dari Semenanjung disifatkan sebagai “satu diskriminasi” dan secara tidak langsung memberi impak ke atas kemasukan golongan itu ke negeri bumi kenyalang, kata Dewan Pemuda PAS Sarawak.

Ketua Pemudanya, Arifiriazul Paijo (Gambar Atas) dalam kenyataan medianya berkata, PAS kesal dengan kenyataan menteri muda di Pejabat Ketua Menteri-Hal Ehwal Islam, Datuk Daud Abdul Rahman yang seolah-olah menganggap guru agama dari Semenanjung sebagai “ekstrem” dan mahu beliau meminta maaf.

“Sepatutnya beliau (menteri muda) sendiri patut berterima kasih kerana mereka telah mengimarahkan surau-surau dan masjid.

“Beliau sepatutnya mengambil contoh kesungguhan mereka dalam merencana program dan aktiviti yang bermanfaat untuk diimarahkan di masjid-masjid seluruh negeri dan bukan mempolitikkan urusan agama ini,” katanya.

Semalam Daud dilaporkan berkata Majlis Islam Sarawak akan mengawal pergerakan guru agama dari Semenanjung.

Daud dipetik berkata demikian dalam laporan akhbar Borneo Post.

Menurut Arifiriazul, kenyataan Daud itu disifatkan mengecam dan amat memilukan umat Islam Sarawak kerana mereka yang dimaksudkan selama ini adalah antara orang-orang yang sanggup berkorban untuk membantu menyampaikan dakwah Islam di Sarawak.

Selain itu katanya, Dewan Pemuda PAS Sarawak juga mahu Daud meminta maaf secara terbuka kepada semua guru agama yang berkhidmat di Sarawak.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Menteri Muda Sarawak Didakwa Hina Islam - Dewan Pemuda Pas By Mohd Rohaizad. Published: 29.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...