CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Mentor 5: Aiman Tersingkir, Iqa Nervous Salma Ke Semi Final


 
 
Bahang Mentor 5 semakin terasa, kumpulan B, adakah ramalan Aiman bakal tersingkir menjadi kenyataan? Kehebatan Shiha dan Ratnah sudah lama diketahui Iqa, terutamanya Ratnah yang dirasakan banyak menunjukkan peningkatan dalam pertandingan Mentor 5. Kemaraan mereka ke pusingan separuh akhir sudah dapat dijangkanya. Perasaan Iqa mula nervous apabila diramal ke semi final bersama dengan Salma.

Menyentuh tentang penyingkiran Ayish, Iqa berpendapat persembahannya pada malam ini sangat bagus.

"Cuma mungkin rezekinya tiada. Mungkin rezekinya di luar sana."

Minggu depan, giliran Kumpulan B untuk bersaing dan seorang dari mereka pula yang akan terkeluar. Bila diberitahu ramai yang menjangkakan Aiman bakal mengikuti jejak Ayish, Iqa berkata, "Tak boleh nak cakap."

"Sebenarnya kalau boleh, Iqa nak semua masuk ke final. Sedih bila seorang rakan itu terkeluar. Harapan Iqa, Aiman boleh buat yang terbaik."

Mengenai persediaannya untuk konsert keempat Kumpulan B pada Ahad depan, Iqa berkongsi Edry sedang merancang sesuatu tetapi belum dikongsi dengannya apa perancangan itu.

"Iqa hanya akan berjumpa dengan abang Edry Selasa ini. Buat masa ini, dia cuma suruh Iqa 'standby' dari segi nyanyian.

"Iqa 'nervous' sangat sebab bukan senang nak masuk 'semi-final'. Iqa kena buat seusatu yang tak pernah Iqa buat.

"Bagi Iqa, kelemahan utama Iqa adalah dari segi keyakinan. Adakalanya itu Iqa 'confident' tetapi bila Iqa terlalu banyak berfikir, Iqa akan hilang fokus. Lagi satu, Iqa tak cukup stamina."

Sempat juga dikongsi kebimbangannya yang tidak mempunyai guru vokal seperti mana protege lain.

"Abang Edry merasakan nyanyian Iqa takde masalah. Tapi Iqa sendiri tak yakin. Iqa ambil inisiatif untuk belajar sendiri."

Kesempatan berbual dengan Iqa digunakan untuk bertanyakan tentang penglibatannya di dalam klip video "Karma" Faizal Tahir. Kongsi Iqa, ia dibuat atas permintaan kawannya yang juga pengarah klip tersebut iaitu Chee Meng.

Tanpa berfikir dua kali, Iqa terus bersetuju untuk membawa watak utama dalam projek yang memakan masa dua hari itu.

"Iqa memang minat berlakon," katanya tersenyum. "Susah juga untuk membawa watak yang kira agak 'psycho' itu tetapi Iqa buat yang terbaik."

Salma: Peringatan Buat Saya

Konsert keempat Kumpulan A malam tadi turut melihat kehadiran Salma untuk memberi sokongannya kepada teman-teman seperjuangan.

Mengenai penyingkiran Ayish, Salma berkongsi, "Menyedihkan sebab kita semua kawan. Selepas ini takkan macam dulu lagi. Kami selalu berlatih dan belajar sama-sama dan sekarang, seorang sudah terkeluar.

"Melihat persembahan mereka pada malam ini, ia sangat mencabar. Ia satu peringatan untuk diri saya untuk lebihkan usaha saya.

"Saya nampak perbezaan di antara saya dan mereka. Mereka 'amazing' dan saya kena usahakan ke arah itu." (Gua)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Mentor 5: Aiman Tersingkir, Iqa Nervous Salma Ke Semi Final By Mohd Rohaizad. Published: 3.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...