CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Mentor 5: Ayish, Ratnah, Shiha - Siapa Bakal Disingkirkan?


Mentor 5 semakin mendebarkan, Ayish, Ratnah dan Shiha - siapa bakal disingkirkan dari kumpulan A? Hasil tinjauan 'soundcheck' Konsert Mentor 5 untuk Kumpulan A malam esok (Ahad) di MBSA petang ini. Rata-rata protege memberikan tumpuan maksimum memandangkan minggu ini bakal menyaksikan seorang protege akan digugurkan dari persaingan untuk menuju ke puncak.



Masing-masing akan tampil dengan gaya persembahan dan gimik yang tersendiri untuk menawan hati penonton mahupun juri. Pilihan lagu-lagu juga memberangsangkan dan mencabar vocal masing-masing. Lagu-lagu yang bakal didendangkan ialah:

1. Ayish - Laskar Pelangi & Nakal
2. Ratnah - Jangan Ada Benci & Seribu Impian
3. Shiha - Ayat Ayat Cinta & Hey Ladies

Setiap protege hanya akan menyampaikan sebuah persembahan untuk konsert minggu ini. Walaupun hanya sebuah persembahan, nyanyian mereka menggabungkan lagu-lagu 'fast' dan 'slow'. Ini adalah salah sebuah pembaharuan diperkenalkan dalam Mentor musim ini, yang mana kebolehan protege diuji dengan lebih menyeluruh.

'Tribute' minggu ini khas ditujukan untuk Pak Ngah Suhaimi. Ayish, Ratnah dan Shiha akan mendendangkan medley lagu-lagu popular Pak Ngah.

Selamat berjuang untuk semua protege Kumpulan A! Siapakah yang akan tersingkir ?

Ayuh kita saksikan penentuan Kumpulan A, secara langsung melalui TV3 jam 9 malam Ahad, 1 Mei 2011. (Gua)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Mentor 5: Ayish, Ratnah, Shiha - Siapa Bakal Disingkirkan? By Mohd Rohaizad. Published: 1.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...