CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Mimie Haris Tiada Gosip Kontroversi Kurang Publisiti & Popular


Penyanyi dan pelakon Mimie Haris, 20 tahun, mengakui tidak kisah walaupun publisiti mengenai dirinya kurang diketengahkan oleh pihak media selepas hampir dua tahun berkecimpung dalam bidang seni sehingga menyebabkan dia menjadi artis yang kurang popular kerana tiada gosip kontroversi yang panas mengenainya.
 
Kata Mimie, walaupun kurang popular, dia berasa tidak perlu untuk mencari atau mencipta kontroversi semata-mat untuk dikenali ramai.



"Saya sedar nama saya tidak popular mana namun saya selesa dengan apa yang dikecapkan. Platform yang diberikan oleh industri ini sudah memadai buat orang baru seperti saya.

"Tak perlulah saya hendak mencari publisiti atau melakukan perkara-perkara negatif atau sensasi hanya kerana ingin popular," katanya yang ditemui di Menara Star, baru-baru ini.

Tambah Mimie, dia tidak kisah dengan isu populariti pada waktu ini kerana sedang sibuk menamatkan pengajiannya di peringkat Diploma Seni Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

"Mungkin antara sebab saya tidak begitu kisah untuk popular adalah kerana saya ingin mengutamakan pengajian terlebih dahulu supaya cepat habis.

"Sudah beberapa tahun ia tertangguh kerana terlibat dengan komitmen My Starz LG pada 2009 dan penggambaran pelbagai drama sebelum ini.

"Mungkin selepas tamat pengajian nanti, baru saya bergerak lebih aktif untuk mengukuhkan nama," kata anak bongsu daripada tiga beradik ini.


Bercakap soal kerjaya, Mimie masih lagi diberikan kepercayaan oleh stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai pengacara program remaja iaitu In Trend untuk musim ketiga.

"Mungkin saya tidak menonjol atau jarang menghiasi akhbar tetapi tawaran kerja tidak pernah putus.
"Selain undangan nyanyian, saya juga sibuk mengacarakan program In Trend di TV2 bagi musim ketiga di samping penyanyi Nubhan," jelasnya.

Terbaru, Mimie yang pernah popular dengan lagu Jatuh Cinta Lagi pada tahun lalu kini muncul dengan “single” ciptaan Adi (Sixth Sense) iaitu Kakiku Kaku.

Selepas membina nama menerusi program nyanyian My Starz LG 2009, Mimie pernah membintangi beberapa drama seperti Wira Malam Bisikan Naga, Datang Bulan dan Kau dan Aku 2. (MStar)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Mimie Haris Tiada Gosip Kontroversi Kurang Publisiti & Popular By Mohd Rohaizad. Published: 14.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...