CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Nadia Mustafar & Lisdawati Ke Mahkamah Semula (Kes Saman Fitnah)


Berkenaan dengan kes saman fitnah, Nadia Mustafar dan Lisdawati bakal ke mahkamah semula selepas jalan penyelesaiaan buntu. Beliau tidak berhajat untuk memanjangkan cerita, sebaliknya ingin mencari sebuah kebenaran, aktres Nadia Mustafar menjelaskan dia bakal naik ke mahkamah untuk membela diri tidak lama lagi,






Kata Nadia Mustafar semuanya berlaku berikutan, rayuannya terhadap kes saman fitnah yang dikemukakan oleh aktres Lisdawati tempohari, telah pun diterima dan akan perbicaraannya akan dilakukan semula.

Bersyukur dengan takdir Ilahi, tutur Nadia Mustafar, keputusan tersebut baru sahaja diperolehinya pada hari semalam iaitu 11 Mei 2011.

"Alhamdulillah saya bersyukur apabila diberitahu tentang hal ini. Saya baru dimaklumkan sebentar tadi oleh peguam saya dan saya sangat gembira sehingga tak terkata apa-apa," katanya berkongsi kegembiraan kepada murai.com.my.

Enggan mengulas lebih panjang, jelas Nadia, lebih manis sekiranya peguamnya dapat turut serta memberitahu lebih mendalam mengenai isu tersebut.

Dek kerana itu, satu sidang media akan dilakukan pada minggu hadapan, bagi Nadia dan peguamnya membicarakan secara mendalam tentang isu tersebut




"Kalau saya nak cakap lebih pun risau juga kerana ini melibatkan tentang mahkamah. Jadi saya akan buat satu sidang media bagi membicarakan tentang isu ini sambil ditemani peguam saya. Itu lebih elok kerana dia lebih arifkan mengenai isu ini," katanya lagi.

Terdahulu, pada tahun 2005, Lisdawati telah pun memfailkan saman fitnah terhadap Nadia Mustafar dan telah pun memenangi kes tersebut penghujung tahun lalu.

Awal tahun ini, setelah menerima surat pengesahan daripada pihak mahkamah, akhirnya Lisdawati telah mengadakan sidang akhbar untuk mengura-urakan tentang kemenangan kesnya itu serta menerangkan cerita yang sebenar.

Berikutan kemenangan Lisdawati itu, Nadia telah diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar wang berjumlah RM 250, 000, bersama kadar faedah 8% setahun serta kos tindakan berjumlah RM2,354.




Tidak memandang apa yang berlaku sebagai satu musibah, kata ibu kepada tiga cahaya mata ini, segala apa yang berlaku itu sedikit sebanyak telah menguji kekuatannya sebagai manusia.

"Apa yang berlaku ini, langsung tak menganggu kehidupan saya. Syukur, rezeki yang diperolehi juga mencurah-curah. Dalam tempoh berpantang anak ketiga pun, saya sudah dapat tawaran untuk membintangi 6 buah drama. Antaranya, Kalau Hati Sudah Suka, Kau Di Atas Aku Di Bawah dan Citra Kasih," jelasnya. (Murai)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Nadia Mustafar & Lisdawati Ke Mahkamah Semula (Kes Saman Fitnah) By Mohd Rohaizad. Published: 18.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...