CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Nafkah Hidup Kepada Ibu Bapa Oleh Anak, Kerajaan Bakal Wajibkan


 
Mengenai isu nafkah hidup yang diberikan oleh anak-anak kepada ibu bapa mereka, kerajaan Malaysia mungkin akan mengkaji keperluan mewujudkan satu undang-undang yang bakal mewajibkan anak-anak memberi nafkah hidup kepada ibu bapa mereka, sekiranya terdapat keperluan dan keadaan yang mendesak. Contohnya jika terdapat aduan terdapat anak-anak yang mengabai kebajikan dan keperluan orang tua mereka.

Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd Fazari Mohd Salleh bagaimanapun berkata, sebarang saranan ke arah mewujudkan undang-undang sedemikian harus terlebih dahulu mengambil kira dari segi implikasi keseluruhan terhadap hubungan ibu bapa dan anak-anaknya dalam jangka panjang.

Katanya JKM melihat kesedaran menyeluruh semua pihak khususnya anak-anak terhadap tanggungjawab ke atas ibu bapa mereka sebagai pendekatan yang lebih sesuai untuk menangani isu ini. 
 
"JKM mahu kesedaran untuk menjaga ibu bapa datang dari anak-anak itu sendiri. Sikap menjunjung tinggi ibu bapa adalah sesuatu yang bersesuaian dengan norma-norma masyarakat negara kita. "Lagipun, masih ramai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa mereka," katanya ketika ditemu ramah dalam program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24, semalam. Mengulas lanjut, Mohd Fazari menjelaskan, Dasar Warga Emas Negara yang baharu sahaja diluluskan pada 5 Januari tahun ini dilihat lebih komprehensif dan mampu untuk memperbaiki warga tua negara ini ke status yang lebih baik selepas ini. 
 
Katanya, dasar berkenaan memperlihatkan kelainan berbanding Dasar Warga Tua Negara sebelum ini yang mana ia lebih memberikan penekanan secara menyeluruh.

Bawah dasar berkenaan, tumpuan kini akan menjurus kepada usaha menyediakan warga tua ke arah penuaan yang lebih aktif lagi produktif, kesepaduan dari segi hubungan antara generasi muda dan warga tua serta penekanan kepada aspek penyelidikan pembangunan dalam program-program yang dianjurkan.

Sehubungan itu, Mohd Fazari memberitahu masalah warga tua yang hidup merempat mungkin dapat dielakkan jika warga tua membuat persediaan yang lebih awal semasa zaman mudanya. (Bernama)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Nafkah Hidup Kepada Ibu Bapa Oleh Anak, Kerajaan Bakal Wajibkan By Mohd Rohaizad. Published: 11.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...