CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Nera AF9 - Gambar Seksi Bikini - Juara Miss Earth Water Sabah 2010


Nera AF9 atau nama penuhnya Queennera Francine Francis Kitingon, merupakan satu-satunya peserta Akademi Fantasia 9 yang mengamit pemerhatian kami. Bukan kerana bakat nyanyian, tetapi kami lebih tertarik dengan profile Nera AF9 yang pernah bergelar naib juara untuk Miss Earth - Water Sabah 2010. Maknanya Nera Af9 ni kategori cantik jelita la tetapi kureng berbakat sikit berdasarkan komen abang Hattan kita dibawah.




Nera sebelum memasuki AF9, amat aktif bergiat dalam pertandingan nyanyian, antaranya ialah Kente3. Nera, kini berumur 19 tahun bukan sahaja cantik, malah pandai mengayakan aksi-aksi mengoda di depan lensa kamera. Kami terjumpa beberapa keping gambar di flickr yang boleh mengugatkan keimanan.





Kalau tidak, takkan lah Hattan pernah memberikan komen terhadap Nera, “Awak punya liuk lentuk tu tak menggoda saya, sebab awak nyanyi keluar masuk, keluar masuk. “Tone” sedap. Kalau ada “dinner” saya panggil awak tapi kalau “vocal” saya tak nak panggil awak. Kalau nak buat lelaki-lelaki meleleh air liur tengok awak saya panggillah. Fikirlah.” (Ohbulan)

Biodata Profile Nera AF9:

Nama Penuh: QUEENNERA FRANCINE FRANCIS KITINGON

Nama Gelaran: Nera

Umur: 19 thn

Tarikh Lahir: 7 Januari 1992

Tempat Lahir: SMC Hospital Likas, Sabah

Ketinggian: 160 cm

Berat: 46 kg

Taraf Pendidikan: SPM

Pekerjaan: Pelajar AF9

Status Perkahwinan: Masih Single

Adik beradik: 2 (Yang Sulung)

Hobi: Menyanyi & membaca

Ciri Peribadi: Sederhana, happy, emosional, lembut hati, dan sayang haiwan

Kelemahan: Sambil lewa dan suka fikir negatif

Makanan Kegemaran: Spaghetti

Minuman Kegemaran: Lemon T

Muzik Digemari: Jazz

Penyanyi Digemari: Jaclyn Victor, Stacy AF, Siti Nurhaliza, Celine Deon, John Legend

Pelakon Digemari: Hans Isaac, Baim Wong, Linda Jasmay, Marsha

Filem Digemari: Harry Potter

Warna Pilihan: Pink, Putih, Coklat

Pengakuan: 'Saya Bukan Berbikini Sembarangan' - Nera (AF9) 

Bekas pelajar Akademi Fantasia 9 (AF9), Queennera Francis Kitingon, atau Nera, 19, menjelaskan gambarnya berbikini seperti yang disebarkan di Internet adalah ketika dia menyertai pertandingan ratu cantik Miss Sabah Earth Malaysia 2010.


Kata Nera, dia tidak sangka selepas tersingkir daripada AF9 Sabtu lalu, dia terpaksa berdepan dengan kontroversi pertama dan terkejut dengan penyebaran gambar tersebut.

"Saya bukan berbikini sembarangan. Pakaian itu dikenakan pada pertandingan ratu cantik yang saya sertai pada tahun lalu dan mendapat tempat ketiga pada pertandingan tersebut.

"Terkejut juga apabila gambar-gambar itu tersebar. Apa-apa pun, maafkan saya jika ada yang berkecil hati kerana gambar itu," katanya.

Sebelum tersingkir dalam AF9, beberapa gambar Nera berpakaian bikini tersebar di Internet dan ia menjadi perbualan hangat di beberapa laman blog.

Sementara itu, Nera turut mencetuskan gosip apabila dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelajar AF9 yang lain iaitu Azri atau nama sebenarnya, Mohamad Azri Abdullah,24.

Bagaimanapun dia mengakui bahawa terdapat bibit-bibit cinta yang berlaku di antaranya dengan pelajar tersebut dan Azri telah pun meluahkan perasaan terhadap kepadanya.

"Kami agak rapat dan sering berkongsi masalah sejak menyertai AF9 dan dia juga telah berterus terang bahawa dia cintakan saya.



Nera AF9 Bercinta Dengan Azri AF9?

"Begitu juga dengan saya turut menyukai Azri kerana dia mempunyai ciri-ciri lelaki idaman seperti memahami diri saya,” katanya.

Dalam pada itu, Nera yang juga merupakan anak saudara bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, belum bersedia untuk menjalinkan hubungan secara serius dengan pelajar tersebut.

"Memang kami suka sama suka cuma mungkin terlalu awal untuk kami bercinta buat masa ini, tambah pula masing-masing sedang mengejar impian," tuturnya.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Nera AF9 - Gambar Seksi Bikini - Juara Miss Earth Water Sabah 2010 By Mohd Rohaizad. Published: 15.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...