CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Nikah: Fedtri Yahya & Nurul Anati Jumpa Jodoh Di Masjid


Begitulah jumpa jodoh yang baik di sebuag Masjid, selepas enam bulan berkenalan, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) dan penulis lirik Fedtri Yahya, 30 tahun, bakal nikah dan menamatkan zaman bujang dengan seorang guru, Nurul Anati Ismail, 26 tahun, pada 28 Mei 2011.

Majlis akad nikah akan diadakan di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan.

Kedua-dua bakal mempelai akan diraikan pada dua majlis sederhana bertemakan tradisional pada tarikh berkenaan di sebelah perempuan manakala pada 11 Jun depan di Arena Square, Pengkalan Baru, Pantai Remis, Perak.

 Ahmad Fedtri Yahya (MHI)

“Majlis perkahwinan & persandingan akan diadakan secara sederhana sahaja dengan tema Sekolah Pondok di Kelantan, manakala sebelah saya bertemakan Manisnya Ukhwah.

“Kedua-dua majlis akan dibantu oleh keluarga dan sahabat handai sahaja dan saya mahu mengekalkan identiti orang kampung dalam majlis tersebut,” katanya.

Menurut Fedtri, mereka tidak melakukan acara pertunangan mengikut adat sebaliknya terus melangsungkan acara ijab kabul.

“Secara adat memang kami tidak melakukan sebarang acara pertunangan, tapi jika dihayati dengan betul pertunangan adalah ikatan perjanjian antara dua pihak,” ujarnya.

Bercerita tentang perkenalan pasangan ini, Fedtri memberitahu dia terpikat dengan perwatakan dan ciri wanita solehah yang ada pada Nurul Anati.

“Saya sebenarnya tidak terfikir untuk berkahwin pada tahun ini tapi selepas berjumpa Nurul enam bulan lalu hati saya terus terbuka untuk berumah tangga.

“Saya mengenali dia di Masjid Taman Tun Dr Ismail ketika penggambaran program Dari Masjid ke Masjid. Dia antara peserta yang menyertai program yang kami anjurkan di masjid tersebut,” katanya.

Tambah Fedtri, perjalanan proses perkahwinannya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah.

Katanya, Nurul merupakan wanita yang memenuhi ciri-ciri gadis pilihannya dan memahami kerjayanya dalam bidang ini.

“Dia sangat memahami kerjaya saya dan tidak pernah mendesak atau merimaskan saya dengan persoalan yang remeh temeh,” katanya.

Gambar Majlis Perkahwinan, Resepsi & Persandingan Fedtri Yahya & Nurul Anati

 Gambar Majlis Persandingan Fedtri Yahya & Nurul Anati

 Gambar Fedtri Yahya & Nurul Anati Makan Beradab

 Gambar Majlis Resepsi Fedtri Yahya & Nurul Anati

 Gambar Perarakan Ketibaan Fedtri Yahya

 Gambar Majlis Perkahwinan Fedtri Yahya & Nurul Anati

P/s: Kami sebagai peminat mengucapkan TAHNIAH dan selamat pengantin baru kepada Fedtri Yahya & Nurul Anati. Semoga jodoh kalian berdua kekal ke akhir hayat dan bahagia dunia & akhirat.

Isu Tarif Baru Elektrik?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Nikah: Fedtri Yahya & Nurul Anati Jumpa Jodoh Di Masjid By Mohd Rohaizad. Published: 18.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...