CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Nikah: Fizz Fairuz, Almy Nadia Didesak Kahwin


 
Berkenaan pernikahan Fizz Fairuz dan Almy Nadia, aktor Fizz Fairuz mengakui ibunya mendesak agar dia mempercepatkan perkahwinannya dengan pelakon Almy Nadia. Walaubagaimanapun, beliau masih lagi belum membuat keputusan bila akan melangsungkan pernikahan itu kerana masih terikat dengan komitmen dan jadual lakonan yang padat.
 
Fizz berkata, perkara itu sudah beberapa kali berlaku kerana orang tuanya mahu melihat dia dan Almy agar berkahwin secepat mungkin.

"Sejujurnya, saya belum terfikir bila yang waktu paling sesuai untuk mengahwini Almy. Memang orang tua saya sudah bertanya beberapa kali tentang perkara itu.

"Cuma, buat masa ini kalau boleh saya ingin Almy mengembangkan lagi kerjaya lakonannya sebelum kami berkahwin," katanya yang ditemui selepas pratonton filem Nur Kasih The Movie (NKTM) di TGV KLCC, di sini, Rabu.

Apabila ditanya adakah dia menangguhkan perancangan tersebut ekoran desas-desus yang mendakwa hubungan mereka bermasalah, Fizz menjawab: "Hubungan saya dan Almy berjalan dengan baik dan tiada sebarang masalah.

"Kalau ada pun, masalah kecil yang biasa sepertimana pasangan lain. Adatlah, orang bercinta ada ketikanya mesti ada salah-faham tapi tidaklah sampai ke tahap hubungan kami putus atau bergaduh."

Mengulas pula tentang lakonan terbarunya dalam NKTM, Fizz yang menangis ketika pratonton filem itu berkata dia gembira dan berpuas hati dengan lakonannya dalam filem tersebut.



"Saya menjadi sebak apabila menonton filem ini kerana membayangkan beban dan dugaan yang terpaksa digalas oleh watak saya iaitu Aidil.

“Dalam filem ini saya kematian isteri dan terpaksa menjaga dua anak yang masih kecil selain perlu menyelesaikan masalah dalam rumah tangga Adam (lakonan Remy Ishak).

"Untuk pertama kali juga saya dapat melihat diri saya yang berbeza sebagai pelakon. Seolah-olah bukan diri saya yang melakonkan watak itu," katanya yang mengakui berdepan cabaran untuk menghafal dialog dalam bahasa Arab untuk filem itu.

Filem arahan Kabir Bhatia dan skrip oleh Mira Mustaffa itu turut menampilkan Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Liza Othman, Muniff Isa, Sara Ali dan Syafie Naswip.

NKTM mula ditayangkan pada 19 Mei ini di 70 pawagam termasuk Brunei. (MStar)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Nikah: Fizz Fairuz, Almy Nadia Didesak Kahwin By Mohd Rohaizad. Published: 5.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...