CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Nikah: Scha Al-Yahya & Awal Ashaari kahwin Tahun 2011?


Betul ke Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari nikah kahwin tahun 2011 ini? Pelakon Scha Al-Yahya (gambar), 28 tahun, menjelaskan kalau ikutkan hati dia dan pengacara Awal Ashaari mahu bernikah secepat mungkin kerana bimbang pelbagai ujian dan risiko yang bakal ditempuh sekiranya hasrat itu tidak ditunaikan segera.
 
Namun begitu kesibukan mereka membuatkan keinginan berkenaan tidak dapat dilaksanakan selain kedua belah pihak pula masih berbincang tentang perkara itu.

"Memang kami mahu berkahwin, kalau boleh secepat mungkin. Bagi saya, perkara yang baik tidak perlu ditangguhkan. Saya bimbang juga kalau lebih lama berkawan, lebih banyak risikonya.

 Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari Nikah Tahun 2011?

"Malangnya kesibukan kami menjadi penghalang. Terus-terang, kedua belah keluarga masih belum berbincang dan kami sedang mencari masa yang sesuai. Paling awal pun mungkin tahun depan," katanya yang ditemui pada sidang media drama Dunia Kita, baru-baru ini.

Ditanya adakah dia berasa rimas dengan pertanyaan yang berterusan tentang perancangan perkahwinannya dengan hos dan aktor itu, beritahu Scha, dia sangat memahami dan menghormati tugas media yang sentiasa ingin mendapatkan perkembangan semasa seseorang artis.

"Saya akui tidak berasa rimas biarpun soalan tentang perancangan perkahwinan saya dan Awal ditanya oleh media tanpa henti.

"Bukanlah bermakna saya ingin menghebohkan cerita hubungan kami tapi jika ada yang bertanya saya tidak keberatan untuk berkongsi cerita," katanya.

Mengulas pula tentang pembabitannya dalam drama bersiri terbaru Dunia Kita Carefree, Scha mengakui kepuasan yang berbeza dirasainya berlakon dalam drama itu.

"Kali ini, saya berpeluang untuk mempamerkan lakonan yang segar dan berbeza. Sebelum ini orang selalu menonton lakonan saya yang kasar dan kelakian saja.

"Dalam drama ini saya menjadi pelajar jurusan fesyen yang obses pada fesyen, manja dan agak gedik bernama Rania.

 Scha Al-Yahya Tidak Sabar Kahwin Awal Ashaari

"Saya berterima kasih kepada pengarahnya Michael Ang kerana berani untuk menonjolkan karakter yang berlainan dalam diri saya," katanya.

Selain Scha, drama sebanyak lapan episod itu turut dibintangi oleh Marsha Londoh, Awal Ashaari, Saiful Nizen, Datuk Jalaludin Hassan, Sharifah Shahora dan pemenang peraduan gadis Carefree, Nur Amalina.

Drama komedi remaja ini akan mula bersiaran pada 27 Mei ini, setiap Jumaat pukul 7.30 malam selama setengah jam di Astro Ria (saluran 104).

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Nikah: Scha Al-Yahya & Awal Ashaari kahwin Tahun 2011? By Mohd Rohaizad. Published: 25.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...