CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Noor Neelofa Takut Berlakon Filem Azazil Sebab Seram


Pelakon baru meningkat naik, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa, 22 tahun, berasa berat hati dan ragu-ragu untuk menerima tawaran pengarah Kabir Bhatia untuk membintangi filem seram terbaru iaitu Azazil sebab mengakui dirinya seorang yang penakut. Mungkin ada kisah takut disebaliknya sebab tu Neelofa tolak tawaran filem Azazil.
 
Kata Neelofa, sejak kecil lagi dia memang tidak menonton filem seram kerana mudah teringatkan karakter dan rupa hantu dalam filem atau drama sedemikian.

"Bukan bermaksud untuk memilih atau mengada-ada tetapi terus-terang saya tidak boleh tengok filem atau drama seram.



"Sejak kecil lagi saya tidak suka menonton filem sebegitu sebab saya mudah teringatkan karakter tersebut.
"Kalau saya tidak menonton filem seram, bagaimana pula hendak menghayati watak dan cerita begitu?" katanya yang ditemui di Menara Star, baru-baru ini.

Tambah Neelofa, walaupun demikian, dia tidak keberatan untuk terlibat dalam filem atau drama komedi seram yang bersifat humor, santai dan melucukan.

"Lainlah kalau filem komedi seram seperti Hantu Kapcai yang saya terima daripada KRU Studios, di mana filem itu adalah filem hantu yang kelakar.

"Jadi, karakter hantu itu tidak menakutkan, lebih bersifat lucu," kata pengacara program KRU Paparazzi di saluran KRU TV ini.

Dalam pada itu, aktres muda yang didakwa menjadi punca keretakan hubungan aktres Maria Farida dan aktor Shahz Jaszle ini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri arahan Erma Fatima iaitu Kitab Cinta.

Selain itu, Neelofa yang mula mencipta nama selepas membintangi filem Azura 2011 arahan Aziz M. Osman ini dijangka terlibat dalam sebuah lagi tawaran filem terbitan Skop Productions pada Julai depan. (MStar)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Noor Neelofa Takut Berlakon Filem Azazil Sebab Seram By Mohd Rohaizad. Published: 16.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...