CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Noorkhiriah - Langkah Permulaan Untuk Imej Bertudung


 
Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk melahirkan rasa syukur kepada Ilahi. Namun, bagi pelakon Noorkhiriah, 35, perubahan yang dilakukan terhadap imej menutup kepalanya adalah salah satu daripadanya. Langkah permulaan untuk mengenakan imej menutup kepala dengan caranya yang tersendiri sejak tahun lalu, Noorkhiriah berkat, a tudung yang dikenakannya bukanlah dengan cara pemakaian tudung yang sempurna, sebaliknya ia hanya menutup sebahagian kepala sehingga telinga sahaja.

"Alhamdulilah, saya sudah mula lakukan perubahan ini dengan mempraktikkannya sejak tahun yang lalu lagi. Ini mungkin step pertama saya untuk bertudung dengan sepenuhnya. Jika ramai tak tahu, saya telah mula menutup kepala setiap kali keluar rumah secara santai atau biasa-biasa.

"Tapi, kalau untuk memenuhi tuntutan lakonan atau menghadiri mana-mana majlis atau acara yang berbentuk hiburan, saya masih belum lagi melakukannya. Sebab itulah, ramai orang yang tak perasan dengan perubahan imej saya ini.

"Sebab bila berlakon saya masih lagi mendedahkan aurat dan kepala saya. Tapi saya kini sudah mula memilih watak-watak yang lebih banyak tertumpu kepada pemakaian yang sopan serta kalau boleh yang saya bertudung.

"Apa yang penting saya tak mahu masyarakat membuat tafsiran yang salah dengan cara bertudung seperti ini. Sesungguhnya saya sedang mempelajari untuk menyesuaikan diri ke arah imej bertudung litup secara berperingkat-peringkat.



"Tetapi, akan tiba masanya nanti saya akan bertudung litup dengan sempurna sepertimana yang dituntut oleh Allah Taala," kata Noorkhiriah yang ditemui dengan imej bertudung pada majlis penyampaian hadiah Anugerah Bintang Popular 2010 (ABPBH 2010) di Holiday Villa, Hotel & Suite, petang semalam.

Bagaimanapun, kata Noorkhiriah lagi, dalam proses menukar imei baru ini secara perlahan-lahan, dia juga tetap tidak menolak mana-mana tawaran berlakon yang memerlukan dia tidak bertudung buat masa ini.

"Seperti saya kata tadi, saya masih menerima sebarang lakonan yang menuntut saya supaya tidak bertudung. Cuma, tak mahulah kena berpakaian yang keterlaluan seksinya.

"Bukan sahaja dari segi pakaian, terus-terang saya katakan, saya juga kini sudah mula rasa tidak selesa apabila melakonkan babak yang memerlukan saya berpelukan atau berpegangan tangan dengan pelakon lelaki lain," katanya.

Tambah Noorkhiriah lagi, sudah tiba masanya dia lakukan perubahan setelah berstatus ibu kepada 2 orang anak serta menjadi isteri kepada Azfaidzul Antan.

"Sukar untuk menetapkan bila saya akan bertudung terus kerana takut orang luar salah faham pula. Cuma tindakan ini tidak dibuat atau dilakukan secara drastik. Namun, suami saya, sudah mula meminta saya membuat perubahan ini sedikit demi sedikit," ujarnya yang bakal menemui penonton dalam drama Sekadar Kaabah menerusi saluran TV3 tidak lama lagi. (Murai)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Noorkhiriah - Langkah Permulaan Untuk Imej Bertudung By Mohd Rohaizad. Published: 5.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...