CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Nooryana Najwa Terima Ijazah - Najib & Rosmah Bangga Anak Berjaya


Anak Najib & Rosmah terima ijazah dan bangga berjaya tamat pengajian iaitu Nooryana Najwa Mohd Najib. Ibu bapa mana yang tidak gembira melihat anak mereka memperoleh segulung ijazah. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tidak terkecuali.

Hari ini, Najib yang berada di Amerika Syarikat sejak 17 Mei lalu untuk lawatan kerja seminggu ke New York dan Washington, meluangkan masa lebih tiga jam berada di Universiti Georgetown dan duduk bersama beratus ibu bapa dan keluarga masing-masing di majlis konvokesyen anaknya di universiti itu.

 Gambar Keluarga Rosmah Mansor, Nooryana Najwa, Najib Razak dan Norashman

Anak perempuan mereka, Nooryana Najwa, 22, menerima ijazah "Bachelor of Science in Foreign Science" selepas empat tahun belajar di School of Foreign Service universiti berusia 222 tahun itu.

"Saya amat bersyukur bahawa anak saya dapat kelulusan ijazah pertama dari Georgetown School of Foreign Service. Sebagai bapa tentu saya rasa tanggungjawab saya sudah saya lunaskan dan anak saya berjaya mendapat pendidikan dalam lapangan yang beliau minati," katanya selepas majlis konvokesyen di Healy Lawn universiti itu.

Turut hadir, anak lelaki mereka, Nor Ashman dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Jamaludin Jarjis.

Katanya, dengan pengalaman bersifat global di sini, kurikulum yang berkualiti dan menyegarkan, ia dapat menyediakan anak beliau untuk menjalani kehidupan di dunia dengan menghadapi segala cabaran dengan jayanya.

"Saya dapati kurikulum School of Foreign Service sesuai dalam era globalisasi. Sebab antaranya terpaksa pelajari satu bahasa moden dalam masa empat tahun," katanay merujuk kepada Bahasa Arab yang diambil Nooryana semasa pengajian di sini.

Ditanya rancangan masa depan Nooryana, Najib berkata anaknya mahu mencari pengalaman kerja sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana.

Rosmah turut melahirkan rasa syukur anak perempuan beliau berjaya menamatkan pengajian di universiti antara yang terkemuka di dunia itu.

"Sebagai ibu apa yang saya sudah berkorban, saya dapat merasai hasil daripada kerja kuat beliau dan segala pengorbanan sebagai ibu. Saya sentiasa berhubung, sentiasa memantau perkembangan pelajaran beliau dalam masa di antara tanggungjawab sebagai isteri kepada pemimpin negara," katanya.

Rosmah berkata, walaupun beliau sibuk dengan pelbagai program dan tanggungjawab sebagai presiden atau penaung pelbagai badan bukan kerajaan dan kebajikan, beliau memastikan dapat meluangkan masa memantau perkembangan pelajaran anak-anaknya.

"Seharusnya dapat bahagikan masa...jika nak nasihat (orang lain), seharusnya saya harus amalkan. Harap ibu-ibu pantau pelajaran anak-anak mereka berjaya dan berguna kepada bangsa dan negara kita," katanya. -Bernama

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Nooryana Najwa Terima Ijazah - Najib & Rosmah Bangga Anak Berjaya By Mohd Rohaizad. Published: 22.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...