CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Nora Danish Bercinta Dengan Seorang Pemuda Ahli Perniagaan?


Betul ke Nora Danish bercinta dengan seorang pemuda lelaki yang merupakan ahli perniagaan? Pelakon jelita Nora Mohd Danish Hanif yang berumur 29 tahun, (Nora Danish) mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang ahli perniagaan yang berusia 27 tahun dan bukannya kerabat diraja dari Terengganu seperti yang digosipkan sebelum ini.
 
Kata Nora Danish, teman barunya itu hanyalah orang biasa dan tiada kena-mengena dengan golongan kerabat, VIP mahupun artis.

"Saya memang sedang berkawan dengan seseorang. Dia seorang ahli perniagaan dan berusia dua tahun lebih muda daripada saya.


Nora Danish mengakui sayang seorang ahli perniagaan yang berumur 27 tahun

"Namun, semuanya masih terlalu awal kerana kami baru saja berkawan. Tiada hubungan yang serius tetapi kami rapat," jelasnya yang ditemui pada sidang media drama Ana Lu’lu di Sri Pentas, di sini, Selasa.

Mengulas lanjut tentang teman barunya itu, pelakon sitkom Puteri ini berkata, walaupun wujud perasaan cinta sayang di antara mereka, hubungan mereka bagaimanapun masih berada peringkat awal untuk merancang soal perkahwinan.

"Memang ada perasaan sayang tapi terus-terang saya katakan semuanya masih terlalu awal. Saya sendiri sedang melalui proses menilai dan mengenalinya lagi.

"Biarlah kami berkawan dulu kerana saya tidak terdesak untuk berkahwin semula dalam masa terdekat," katanya yang enggan bercerita lanjut tentang jejaka tersebut.

Menerusi perkahwinannya dengan Toh Muda Rizal Ashram (Jejai) dari Jun 2006 hingga Julai 2008, pasangan itu telah dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal Ramli yang kini berusia dua tahun setengah.

Drama Ana Lu'Lu yang menggandingkan Nora dan Kamal Adli sebagai pasangan kekasih

Tentang perkembangan terbaru karier lakonan, Nora yang menggalas watak utama sebagai Ana Lu'lu dalam drama tersebut mengakui serasi bergandingan dengan aktor Kamal Adli dalam drama arahan Pierre Andre itu.

"Ini bukan kali pertama saya berlakon dengan Kamal. Sebelum ini, sudah beberapa kali kami bergandingan dalam drama.

"Jadi, kami tiada masalah untuk membina keserasian sebagai pasangan kekasih dalam drama kali ini," katanya yang senang bekerja di bawah arahan pengarah muda seperti Pierre Andre.

Selepas menamatkan penggambaran baki episod drama itu, aktres dari Kajang, Selangor ini akan memulakan penggambaran drama Khurafat The Series pula.

Selain Nora dan Kamal, drama itu turut dibintangi Wawa Zainal, Adey Syafrien, Zarina Zainuddin, Noniswara Baharudin, Watie Sadali dan Sharifah Shakina.

Drama Ana Lu’lu sebanyak 13 episod ini bakal bersiaran dalam slot Lestary pada setiap Selasa pukul 9 malam di TV3 bermula 7 Jun ini.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Nora Danish Bercinta Dengan Seorang Pemuda Ahli Perniagaan? By Mohd Rohaizad. Published: 31.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...