CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Novel Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah Terbitan Buku Prima


Novel Andai Itu Takdirnya karya novelist Malaysia, Siti Rosmizah terbitan Buku Prima. Novel cinta yang best untuk dibaca dikalangan peminat novel yang tegar.

Sinopsis novel Andai Itu Takdirnya:

Cintamu sesegar embun nan pagi.. Semakin resah menanti terbit mentari.. Hangatnya yang membakar mengeringkan.. Segala keindahan yang penuh kepalsuan..


"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya."

"Saya telah menjadi balu seblum masanya dan anak-anak saya juga telah jadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Andai itu takdir-NYA, dia akan menempuginya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.

"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-NYA sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."



Ulasan Penulis Novel Andai Itu Takdirnya:

Umpama mimpi dalam mimpi. itulah perkataan yang tepat hingga tercetusnya ilham saya ini. Saya tertanya sendiri adakah saya seorang yang suka berimaginasi hingga terbawa dalam mimpi? Rasanya tidak, kerjaya sebagai seorang peguam yang segalanya mementingkan fakta telah membataskan pemikiran saya untuk keluar dari lingkungan profesion saya ini. Pelik tapi benar, selama tiga malam berturut-turut saya bermimpi satu kisah yang sama. Bermula dengan pengenalan cerita pada malam pertama diikuti dengan babak klimaks pada malam kedua dan penutup pada malam terakhirnya. Pelik, kan? Bukan mudah untuk menjadi seorang penulis, satu bidang yang begitu berlawanan dengan apa yang saya praktikkan sekarang. Dengan sokongan dan galakan suami, keluarga dan rakan-rakan, saya akhirnya melihat dari satu sudut yang positif, segala yang terjadi atas kehendak yang Maha Esa, mungkin mimpi itu bukan satu mainan tidur untuk saya tetapi satu anugerah dari-NYA. ~ Siti Rosmizah ~

Anda berminat untuk membaca Novel Andai itu Takdirnya secara online? Sila baca dan enjoy karya Siti Rosmizah terbitan Buku Prima dibawah!


Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Novel Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah Terbitan Buku Prima By Mohd Rohaizad. Published: 26.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...