CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Novel Cinta Kau Dan Aku - Siti Rosmizah Terbitan Buku Prima


Novel Cinta Kau dan Aku, hasil karya novelist Siti Rosmizah terbitan Buku Prima. Ini merupakan novel kedua beliau selepas berjayanya novel yang pertama iaitu novel Andai Itu Takdirnya. Bagi para peminat novel cinta, memang sewajarnya membaca novel ini. Ingin tahu kesudahannya? Kena la baca.. baru ada feel.

 Sinopsis Novel Cinta Kau dan Aku:

 "Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dad-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver," marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?



Ulasan Penulis Novel Cinta Kau dan Aku:

Cabaran! Itulah perkataan keramat hingga tercetusnya ilham saya ini. Selepas terhasilnya novel pertama saya Andai Itu Takdirnya saya telah mencabar diri saya sendiri untuk melangkah sekali lagi ke dalam dunia penulisan ini. Jika dulu anda berendam air mata tapi kini saya cuba untuk membuat anda ketawa, namun sentiasa bersiap sedia kerana dalam tawa akan ada tangisnya. Penghargaan yang tidak terhingga pada Buku Prima yang tidak pernah jemu untuk terus mencipta nama saya di dalam bidang penulisan. Akhir kata, jutaan terima kasih tidak terhingga buat anda semua kerana tanpa anda siapalah saya. Cinta Kau Dan Aku teristimewa untukmu. ~Siti Rosmizah~

Novel Andai Itu Takdirnya: Sila Klik Disini.

Tahukah anda, koleksi novel lama sukar didapati? Malah, hendak download pun mengambil masa dari satu page ke satu page. Sebagai alternatif, jika anda berminat untuk membaca novel Cinta Kau Dan Aku secara online? Maka, sila enjoy novel ini dibawah ya.



Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Novel Cinta Kau Dan Aku - Siti Rosmizah Terbitan Buku Prima By Mohd Rohaizad. Published: 28.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...