CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Novel Cinta: Suara Hati - Anis Ayuni Terbitan Alaf 21


Novel cinta bertajuk Suara Hati, hasil karya novelist lama iaitu Anis Ayuni terbitan Alaf 21. Novel cinta ini memang menarik untuk dibaca, untuk review kami memberi 5 bintang untuk novel Suara Hati. Betul ke 5 bintang? Ya, untuk mengetahui lebih lanjut sila baca novel Suara Hati.

Sinopsis Cerita Novel Suara Hati: 

 Akan kurahsiakan rasa cintaku padamu jauh di lubuk hati

Cinta tidak semestinya bersatu. Terperangkap dalam dilema membuatkan dia terpaksa membuat keputusan. Pilihan ibu ayahkah yang perlu dituruti sedangkan jauh di hati, selaut kasihnya telah tercurah pada Haris, pilihan sendiri.

Hari berganti, bulan berlalu, Haris yang dinanti menghilangkan tanpa khabar berita. Separuh rela, lamaran Naim terpaksa diterima. Mereka berbahagia. Namun, sayangnya mendung menjelma. Dalam penantian menyambut kelahiran anak kedua, suami tercinta pergi buat selamanya.

 Tika duka membadai di hati, terjadilah pertemuan tanpa diduga. Haris yang disangka telah mengalih cinta, ingin kembali dalam hidupnya. Sudikah dia menerima lelaki itu sedangkan luka di hati masih terasa? Dan... andai cinta pertama telah dikecewakan, masih wujudkan cinta untuk kali kedua?


Petikan Novel Suara Hati:

"Aku membuka kad itu perlahan-lahan dan meneliti sebaris ayat yang tercoret. 'Nice knowing you'. Itu sahaja. Tanpa nama atau tanda tangan si pengirim. Siapalah agaknya yang cuba bergurau ni? Getusku di dalam hati. Namun yang pasti, bukan Alvin, Jane, Letch, OB, Fidah, atau Asfihan, teman-teman sekolej yang selalu nakal kerana aku kenal benar tulisan mereka. Aku tidak kuasa memikirkan labih jauh. Kad itu aku simpan di dalam beg dan kembali membaca."

"Bagiku biarlah dia tidak tahu. Aku menghampiri mama yang berwajah bimbang. Aku tahu mama terlalu khuatir kalau-kalau aku berubah hati."

"Satu soalan yang di luar jangkaanku dan tanganku sedikit menggeletar. Tidak sedar entah bila Abang Ibrahim sudah berada di dapur. Aku memandangnya mohon pengertian. Aku amat berharap kalau sekali pun Abang Ibrahim tahu, aku tidak ingin perkara ini sampai ke pengetahuan orang lain."

Novel Cinta Kau dan Aku: Sila Klik Disini.

Ingin mengetahui lebih lanjut cerita novel Suara Hati? Anda minat membaca novel cinta Suara Hati secara online? Sila enjoy novel ini dibawah.


Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Novel Cinta: Suara Hati - Anis Ayuni Terbitan Alaf 21 By Mohd Rohaizad. Published: 28.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...