CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Novel Hijab Sang Pencinta - Ramlee Awang Murshid Terbitan Alaf 21


Novel Hijab Sang Pencinta, hasil karya novelist triller no.1 di Malaysia iaitu Ramlee Awang Murshid terbitan syarikat Alaf 21. Novel Hijab Sang Pencinta mempunyai kaitan dengan novel Bagaikan Puteri dan novel Cinta Sang Ratu. Tapi kali ini Laksamana Sunan berada di alam kita! Boleh dikatakan sebagai trilogi dan ending kepada novel cinta dua demensi yang penuh pengembaraan ini!

Sinopsis Review Novel Hijab Sang Pencinta:

Dendam itu Bara.. Marah itu Api..

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

HIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini...

RM 19.90
520 mukasurat
isbn 9789831243855

Novel Cinta Sang Ratu: Klik Disini.

Anda berminat untuk membaca novel Hijab Sang Pencinta karya Ramlee Awang Murshid secara online di Internet? Maka marilah baca dibawah.. tetapi pastikan anda dah baca novel Bagaikan Puteri dan novel Cinta Sang Ratu ya, baru best dan kena jalan ceritanya.


Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Novel Hijab Sang Pencinta - Ramlee Awang Murshid Terbitan Alaf 21 By Mohd Rohaizad. Published: 29.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...