CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Novel Jendela Hati - Aisya Sofea Terbitan Alaf 21


Novel Jendela Hati Hasil Karya Novelist Aisya Sofea Terbitan Syarikat Alaf 21 Sdn Bhd. Tajuk yang menarik, mengenai jendela hati wanita yang penuh dengan konflik. Aisya Sofea pandai membuat hati pembaca bercampur pelbagai perasaan. 

Kisah mengenai Farah dan kembarnya Sarah. Selepas kembarnya meningggal dunia, Farah perlu memenuhi wasiat kembarnya. Lukman Hafizi, menjadi suami kepada Farah atas desakan keluarga. Walaubagaimanapun, dalam hati Farah mengakui ada cinta terhadap Lukman.. 

Kemudian.. berlakulah konflik sehingga Farah membawa diri dan zuriatnya ke luar negara. Selepas itu anaknya dinamakan Zahin.. Ah.. anda bacalah sendiri.. Novel cinta yang bestlah juga.. Hati terasa menangis.. nasib aku lelaki.. kalau perempuan mesti dah meleleh air mata.

Sinopsis Review Novel Jendela Hati:

Bisikan Kasihmu Mewarna Kamar Sanubari Ini..

Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.

Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.

Benarkah 'ganti tikar' yang berlandaskan 'keterpaksaan' bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.

RM14.00
344 mukasurat

Anda Turut Meminati Novel Kau Untukku - Aisya Sofea?

Anda berminat untuk membaca Novel Jendela Hati karya Aisya Sofea secara online di Internet? Penulis sarankan peminat novel cinta untuk membeli buku ini andai ada dipasaran ya. Supportlah penulis novel kita. Apa-apapun, enjoylah novel ini dibawah, atas ehsan Alaf 21 Sdn Bhd..


Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Novel Jendela Hati - Aisya Sofea Terbitan Alaf 21 By Mohd Rohaizad. Published: 30.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...