CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Nur Kasih The Movie: Tizz Zaqyah & Remy Ishak Bercinta


Nur Kasih The Movie, namanya sudah lama dikaitkan bercinta dengan aktor, Remy Ishak namun setiap kali ditanya pastinya pelakon wanita jelita, Tizz Zaqyah ini menafikan tentang khabar angin itu, apatah lagi pasangan ini sering kelihatan keluar bersama. Adakah sengaja keluar untuk lebih rapatkan hubungan atau sememangnya ada hubungan cinta diantara mereka berdua?
Bosan dan menganggap cerita cinta merupakan privasi dalam hidupnya, Tizz berharap kenyataannya kali ini merupakan jawapan terakhir daripadanya tentang pertanyaan itu.

"Sejak drama nur Kasih lagi ramai yang berharap saya dan Remy menjadi seperti Nur Amina dan Adam, mereka keliru antara drama dan realiti.

"Keserasian kami hanya didalam drama dan filem Nur Kasih, diluar lokasi kami hanya kawan. Tidak semestinya kami berkawan, berdua-dua, kami akan berkahwin.

"Saya tidak mahu bercerita tentang cinta melebihi kerjaya, saya akan beritahu bila saya nak kahwin, tapi tidak mahu bercerita tentang cinta. Saya harap ini kali terakhir saya menjelaskan bahawa saya tiada apa-apa hubungan dengannya,"jelas Tizz.



Bercerita tentang wataknya sebagai Nur Amina dalam filem Nur Kasih The Movie, menurut Tizz setiap babak yang dilakonkan memberi tekanan kepadanya.

"Saya takut tak boleh berikan apa yang mereka mahukan dalam watak Nur Amina, dan setiap babak saya berikan seratus sepuluh peratus keyakinan supaya tidak mengecewakan pengarah.

"Alhamdulillah, pertama kali menonton filem ini hari ini saya berpuas hati dan berharap peminat juga dapat menerima filem ini dnegan baik,"jelas Tizz. (Mangga)

Sinopsis, Review & Video Klip Youtube Lagu Tema Filem Nur Kasih The Movie

Filem ini adalah kesinambungan drama Nur Kasih di mana pengakhiran ceritanya, Adam berjaya mendapatkan kembali cinta dari Nur Amina dan Aidil juga begitu berjaya mendapatkan kembali kepercayaan isterinya Aliya. Untuk filem ini, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) meninggal dunia.

Ok sekarang apa kata kita lihat gambar-gambar dan video klip lagu tema semasa penggambaran filem Nur Kasih The Movie. Penggambaran diadakan di Kampung Sg. Gulang-Gulang, Tanjung Karang dan di Jordan (Amman, Wadi Ram dan Petra).








Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Nur Kasih The Movie: Tizz Zaqyah & Remy Ishak Bercinta By Mohd Rohaizad. Published: 5.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...