CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Nurul Ain Nordin Gambar Bogel: Terkilan Di Cemuh Media


Fuhh.. Betul ke gambar separuh bogelnya membuatkan Nurul Ain Nordin (Model), beliau terkilan di cemuh oleh orang ramai dan pihak media? Baru-baru ni kecoh dengan gambar pelakon baru yang dicemuh di blog-blog dan surat khabar kerana dikatakan terlalu alpa mengejar populariti sehingga sanggup menayangkan gambar separa bogel miliknya. Betul la tu.. dalam bidang hiburan memang ramai macam tu kan? Gila publisiti kontroversi baru laku..

Mungkin ramai yang belum mengenali siapa wanita berani ini, dan mungkin juga ramai yang tidak mengetahui apa niat sebenar wanita ini merakamkan aksi panas sebegini.
 
 Ain terkilan bila gambar separuh bogel ini tersebar

Tidak pernah terlintas gambar asal yang diambil dengan tujuan untuk diletakkan sebagai poster dalam filem sulung lakonannya yang berjudul Suatu Malam Kubur Berasap ini tersebar di Internet lantas dijadikan bahan umpatan, pemiliknya, Nurul Ain Nordin atau Ain mengakui terkilan dan kecewa dengan perkara ini.

Baru memulakan kerjaya dalam bidang lakonan, menurut Ain yang juga seorang model sambilan, dia tidak berniat langsung menjadikan gambar itu sebagai batu loncatan untuk dia mencari populariti, malah dia juga mengaku tidak mengetahui siapa yang sebenarnya menyebarkan gambar itu kepada umum.

"Gambar ini diambil sendiri oleh isteri bos saya didalam studio kami untuk dijadikan poster  filem Suatu Malam Kubur Berasap tetapi ia bukanlah final product, menurut mereka, hanya separuh gambar yang akan digunakan dan di bahagian bawah (bahagian punggung) akan diedit oleh pereka  grafik dengan ifek akar, kurap dan sebagainya untuk diberikan kesan hantu.Tapi tak sangka, gambar asal ini tersebar terlebih dahulu sebelum poster itu keluar.

"Saya tidak tahu bagaimana gambar ini boleh tersebar, dan sewaktu terbaca artikel di akhbar, saya memang terkejut. Saya tidak sangka akan dihemtam dengan begitu teruk, tetapi saya akur kerana mungkin saya terlalu berfikiran terbuka sehingga sanggup berpakaian sebegitu ketika itu.

"Setelah apa yang berlaku, saya tidak berniat mahu mengambil tindakan pada sesiapa. Mungkin ada orang yang tidak jujur dan bertanggungjawab cuba menyebarkan gambar ini kepada umum, tetapi sekiranya saya ambil tindakan sekalipun, gambar tersebut tetap tidak boleh ditarik semula,"jelas Ain.

 selain berlakon Ain juga merupakan seorang model

Dibuang Universiti?

Baru berusia 23 tahun, Ain sebenarnya masih menuntut di Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM), dalam Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik.

Malangnya, semenjak gambar panas ini tersebar di internet dan akhbar, Ain diberikan surat peringatan  daripada Universitinya. Biarpun perkara ini masih didalam perbincangan, namun sekiranya pihak universiti mendapati dia bersalah, maka dia boleh dibuang daripada meneruskan pelajaran.

"Saya mendapat surat daripada pihak UiTM melalui email yang mengatakan kesalahan saya berkelakuan sebegini, namun, perkara ini boleh dibincangkan lagi.

"Saya hanya tinggal satu kertas peperiksaan lagi, sebelum tamat belajar pada tahun ini, jadi rugi jika saya dibuang kerana perkara sebegini.

"Saya akan berbincang dengan dekan saya, Prof. Madya. A. Razak Mohaideen dan akan menceritakan perkara sebenar tentang gambar itu,"jelasnya.



Ibu Marah

Masih baru dalam selok belok dunia hiburan ini, ternyata Ain agak kekok menguruskan kontroversi ini.

Mengakui dimarahi oleh ibunya, dia juga perlu berhati-hati dimasa akan datang supaya perkara sebegini tidak akan berulang kembali.

"Tak dinafikan, ibu saya sangat marah bila membaca artikel mengenai gambar ini, tapi apa boleh buat ia sudah pun tersebar,"luah Ain. -Mangga

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Nurul Ain Nordin Gambar Bogel: Terkilan Di Cemuh Media By Mohd Rohaizad. Published: 20.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...