CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Nurullah Abdul Hamid (AF2) & Mohd Munzil Sah Nikah Di Narathiwat


Betul ke penyanyi Nurullah Abdul Hamid atau dikenali sebagai Nurul AF2 dah nikah dengan Mohd Munzil? Nurul yang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2) telah sah berkahwin dengan seorang pensyarah, Mohd Munzil Muhamad di Narathiwat, Thailand.

Menurut Nurul, pernikahan itu berlangsung pada 23 Mei lalu. Dia menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 pada majlis yang dilakukan dengan berwalikan seorang lelaki Thailand, Wan Husin Wan Ab Rahman.

Katanya lagi, dia, suami dan ibu bapa mertuanya masuk ke Narathiwat menerusi Kota Bharu, Kelantan pada hari tersebut dengan menaiki kereta dan terus ke pejabat agama itu untuk mengisi borang pernikahan.

 Nurul AF2 Nikah Di Narathiwat, Thailand

"Bagaimanapun, akad nikah dilakukan di rumah Wan Husin kerana semasa itu adalah hari cuti, iaitu Sabtu. Wan Husin adalah seorang wali bertauliah yang disyorkan oleh majlis agama," katanya.

Nurul atau nama sebenarnya Nurullah Abdul Hamid, 29 tahun, berkata demikian semasa memberi keterangan pada permohonan Mohd Munzil, 28 tahun, untuk mengesahkan pernikahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, di sini pada Khamis.

Permohonan tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah dan mereka diwakili oleh peguam-peguam syarie, Mohamad Azlin Mohamad Razali dan Mohammad Fauzi Abdullah.

Pada keterangan lain, Nurul berkata, pernikahan itu diadakan di Thailand kerana timbul masalah wali ekoran keengganan bapa kandungnya, Zawawi untuk menjadi wali.

"Saya ada berjumpa dengan bapa kandung saya, tapi dia tidak mahu menjadi wali. Ini kerana masalah yang berlaku antara bapa dengan keluarga angkat saya sewaktu saya masih kecil," tambahnya.

Nurul juga menambah, dia dan suami ada mencuba untuk mendapatkan wali hakim daripada Majlis Agama Islam Sarawak, tetapi ia akan mengambil masa yang lama, sedangkan tarikh majlis pernikahan telah ditetapkan berlangsung pada Sabtu ini.

"Selepas perkahwinan itu, jika orang tanya siapa Mohd Munzil, saya akan jawab dia sebagai tunang saya, sebab tidak ramai yang tahu (berkahwin), hanya orang terdekat sahaja.

"Tetapi, dia sebenarnya suami saya. Selepas berkahwin saya tinggal dengan dia,” katanya.Selepas mendengar keterangan itu, Abdul Halim memutuskan pernikahan tersebut sah di sisi hukum syarak kerana telah memenuhi hukum nikah, walaupun tidak menggunakan wali sebenar ekoran bapa kandung Nurul berada jauh di Kuching, Sarawak.

Beliau seterusnya mengarahkan pasangan tersebut untuk mendaftarkan pernikahan tersebut di Pejabat Majlis Agama Islam.

 Nurul AF2 sewaktu majlis pertunangannya.

Sementara itu, Nurul yang ditemui di luar mahkamah berkata, dia berasa lega kerana masalah pernikahannya telah selesai.

"Saya rasa lebih berdebar dengan kes mahkamah berbanding dengan majlis persandingan Sabtu ini," katanya yang mengenakan baju kurung merah jambu dan selendang kelabu.

Selain itu, dia yang mengenali Mohd Munzil sejak Julai tahun lepas sebelum mengikat tali pertunangan pada 4 Februari lalu juga memberitahu akan berlepas ke Kuching pada malam Khamis untuk menyiapkan persiapan majlis perkahwinan.

Pasangan tersebut dijangkakan akan mengadakan majlis resepsi sebelah lelaki di De Palma Hotel Ampang, dekat sini pada 3 Jun depan.

Ditanya mengenai lokasi berbulan madu, Nurul memberitahu mereka mungkin ke Bali, Indonesia sebelum berlepas ke New Zealand seminggu selepas raya kerana Mohd Munzil akan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) selama tiga tahun.

Nurul AF2 Semasa Bertunang


Kenyataan Balas Keluarga, Nurul AF2 Mahu Selesai Cara Baik Selepas Bernikah Di Thailand

Biarpun bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Nurul atau Nurullah Abdul Hamid, 29 tahun, sudah pun selamat bernikah bersama pilihan hatinya, Mohd Munzil Muhammad, 29 tahun, pada 23 Mei lalu, namun keluarga kandungnya masih lagi mempertikaikan tentang pernikahannya itu.


Semuanya gara-gara kerana alasan yang diberikan oleh Nurul AF2 kepada pihak media sebelum ini bahawa pernikahannya itu terpaksa dilakukan di Thailand kerana ayah kandungnya enggan menjadi walinya.

Padahal menurut keluarga kandungnya, mereka langsung tidak diberitahu apa-apa tentang perkahwinannya itu, jauh sekali menghubungi ayahnya untuk meminta menjadi walinya.

Begitupun, Nurul AF2 yang telah dibesarkan bersama keluarga angkatnya sejak kecil memberitahu tidak mahu memperbesarkan tentang perkara tersebut lagi dan bakal menyelesaikannya dengan cara yang baik.

"Jika boleh saya mahu masalah ini diselesaikan secara baik dan tak mahu bermusuhan dengan mana-mana pihak. Apapun yang penting, sekarang ini majlis perkahwinan saya sudah berjalan dengan lancar dan sempurna," katanya .

Nurul berkata dia pernah cuba bertemu ibu bapa kandungnya namun hasrat itu tidak tercapai disebabkan masalah yang wujud di antara keluarga angkat dengan keluarga kandungnya.

"Sebenarny, majlis pernikahan saya boleh dibuat di sini, namun disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa membuat keputusan untuk berkahwin di Thailand," tambanya lagi.

Nurul bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai rasa tidak puas hati yang telah disuarakan oleh ibu bapa dan keluarga kandungnya.

Apa yang pasti pernikahan Nurul dan suami telah pun disahkan oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah sewaktu mereka membuat pengesahan pernikahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor pada Khamis lalu.

Mereka juga telah pun mengadakan majlis persandingan secara besar-besaran di Kompleks Tourism Sarawak, kelmarin.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Nurullah Abdul Hamid (AF2) &  Mohd Munzil Sah Nikah Di Narathiwat By Mohd Rohaizad. Published: 27.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...