CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Pengarah Sekolah Henry Gurney Digantung Tugas: Isu Belasah Pemuda


Berkenaan dengan isu belasah seorang pemuda, seorang Pengarah sebuah Sekolah Henry Gurney di Keningau, Sabah, telah dipindahkan dan digantung tugas sementara menunggu siasatan polis dan siasatan dalaman berhubung dakwaannya terbabit membelasah seorang pemuda pada lewat bulan ini. Pemuda cina yang dibelasah mengalami cedera yang teruk, terutamanya dimuka sehingga lebam dan berdarah.

Menurut akhbar tempatan, The Borneo Post dalam laporannya yang memetik sekretariat Jabatan Penjara dan ketua perhubungan awamnya, Supri Hashim berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan polis bagi menentukan hukuman yang setimpal ke atas pengarah itu.

Arahan itu berikutan dakwaan bahawa pengarah sekolah pemulihan akhlak berkenaan telah meminta sekumpulan rakannya bagi membelasah seorang lelaki berusia 23 tahun di sebuah kedai serbaneka sebelum tengah malam 29 April lalu.



Tindakan kumpulan berkenaan berjaya dirakamkan oleh kamera CCTV 24 jam yang dipasang di kedai berkenaan. Ia menunjukkan pemuda itu berulang-kali ditumbuk, tendang dan diterajang serta dipukul dengan pelbagai objek termasuk kerusi plastik dan tali pinggang.

Visual berkenaan sejak itu disebarkan secara meluas di Internet, khususnya di laman sosial Facebook.

Adalah dipercayai pengarah itu dan tiga yang lain ditahan pada 3 Mei lalu dan kenyataan mereka dirakamkan selepas mangsa, Ben Cheah Ping Xen, membuat laporan polis berhubung serangan ke atasnya itu.
Bapa mangsa, Cheah You Hock menuntut campur tangan "pihak berkuasa yang lebih tinggi" bagi memastikan “tindakan pantas dan bersesuaian” dikenakan ke atas pengarah itu dan rakan-rakannya.

Beliau juga merayu agar kes tersebut tidak ditutup begitu sahaja, lebih-lebih lagi ia dirakamkan di kamera keselamaatn kedai berkenaan dan tersebar di Internet. (Malaysiakini)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Pengarah Sekolah Henry Gurney Digantung Tugas: Isu Belasah Pemuda By Mohd Rohaizad. Published: 6.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...