CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Penubuhan Israel - Sambutan Ulang Tahun Diadakan Bogor, Indonesia


Kes kontroversi berhubung sambutan hari ulang tahun penubuhan negara haram Israel diadakan di Bogor, Indonesia. Sekitar 28 orang tetap mengadakan sambutan ulang tahun penubuhan negara Israel yang diadakan di sebuah hotel di kawasan Puncak, Bogor, Jawa Barat, Sabtu lalu.
Detikcom melaporkan walaupun ia mendapat bantahan pelbagai pihak, sambutan itu tetap diadakan.



Antara yang menyatakan sambutan itu harus dibatalkan ialah Ketua Hakim Mahkamah Konstitusi, Mahfud MD.

"Ya mesti dibubarkan kalau tidak ada kebenaran," kata Mahfud ketika ditemui pemberita di kediaman bekas Naib Presiden, Jusuf Kalla di Kebayoran Baru di sini hari ini.

Menurut Mahfud, sebahagian negara Islam tidak membuka hubungan politik, namun hanya hubungan perdagangan. Namun dalam konteks Indonesia, hubungan politik dan ekonomi tidak dibuka sama sekali.

"Tapi bukan perdagangan saja yang jadi persoalan. Psikologi bangsa Indonesia yang belum dapat menerima. Berbeza dengan negara Islam lain," jelas beliau.

Mahfud bagaimanapun mengakui tidak mengetahui kumpulan pro-Israel mempunyai banyak pengikut di Indonesia.

Polis Indonesia sebelum ini tidak mengeluarkan permit untuk kumpulan itu mengadakan sambutan tersebut. (Agensi)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Penubuhan Israel - Sambutan Ulang Tahun Diadakan Bogor, Indonesia By Mohd Rohaizad. Published: 15.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...