CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

POTC: On Stranger Tides (Sinopsis & Review Filem Lanun Terbaik)


Sinopsis & Review filem Pirates Of The Caribbean (POTC) On Stranger Tides. Filem Lanun terbaik kegemaran ramai, Kapten Jack Sparrow, kini  kembali  menjengah di  pawagam seluruh negara bermula hari ini. Ini adalah filem keempat  Pirates Of The Caribbean (POTC) selepas diperkenalkan pada tahun 2003. Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides adalah siri ke-4 dan terakhir selepas siri ke-3 yang ditayangkan pada 2007 iaitu Pirates of the Caribbean 3: At The World’s End.  

 Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides adalah siri ke-4 dan terakhir


Kali ini penggembaran Kapten Jack Sparrow tidak lagi ditemani oleh Will Turner (Orlando Bloom) dan Elizabeth Swann (Keira Knigtley). Sebaliknya, kapten lanun Caribbean ini bergandingan dengan Angelica yang dilakonkan oleh jelitawan Penélope Cruz. Angelica ialah anak kepada ‘kawan lama’ Jack Sparrow iaitu Black Beard.

Jadi, apa kekuatan filem ini berbanding filem-filem aksi penggembaran lain? Bagi kami, selain  terhibur dengan perwatakan Jack Sparrow yang gila-gila, kami juga kagum dengan penceritaan filem ini. kami  rasa penulis dan pengarah cukup kreatif mencipta situasi sehingga perjalanan cerita ini gcukup menarik untuk diikuti. Begitu juga teknik CGI yang digunakan. Cukup cantik dan realistik. Kalau tidak percaya, cuba perhatikan watak ikan duyung yang cantik jelita. Silap-silap ada yang mula percaya makhluk ini benar-benar wujud!’

Menyentuh tentang kehadiran Penelope Cruz sebagai Angelica, kami berpendapat pelakon ini berjaya membuatkan penonton terlupa kepada  Elizabeth Swan. Tetapi, mungkin ada yang kecewa kerana tidak banyak aksi romantik yang berlaku di antara hero dan heroin filem ini.  Sebaliknya, penonton akan tersentuh dengan hubungan cinta antara seorang paderi dan ikan duyung bernama Syrena.

POTC : On Stanger Tides mengisahkan bagaimana Kapten Jack Sparrow dipaksa oleh kerajaan British untuk mencari Fountain of Youth, sebuah telaga yang boleh mengembalikan keremajaan seseorang sekiranya minum air dari telaga itu.

Walaupun berjaya melarikan diri, Sparrow sekali lagi terperangkap apabila dia diperdaya oleh Angelica, kekasih lamanya yang juga anak kepada Blackbeard. Untuk  bertahan, Sparrow perlu turut serta dalam pelayaran mencari telaga sakti itu kerana Angelica dan bapanya percaya ramalan takdir yang kononnya Blackbeard bakal menemui ajal di tangan lelaki berkaki satu. Untuk mengelakkan kematian, Blackbeard mahu mendapatkan air telaga tersebut untuk diminum.

Selain berhadapan dengan pelbagai halangan dan cabaran, mereka juga perlu bersaing dengan tentera kerajaan Britisih dan Sepanyol.

Dibintangi oleh: Johnny Depp, Penelope Cruz, Ian McShane, Geoffrey Rush.

Info Menarik:

POTC : On Stranger Tides tidak lagi diarahkan Gore Verbinski, sebaliknya tempat pengarah ini diambil-alih oleh  Rob Marshall.  Filem ini juga boleh disaksikan dalam format 3D. -Gua

Anda berminat untuk melihat video trailer online youtube filem Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides? Sila tengok dibawah, best tak?



Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

POTC: On Stranger Tides (Sinopsis & Review Filem Lanun Terbaik) By Mohd Rohaizad. Published: 19.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...