CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Rayyan King & Tengku Zawyah Bernikah (Majlis Perkahwinan, Resepsi)


Tahniah diucapkan kepada bekas isteri Datuk K, dengan sekali lafaz bekas isteri Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, Datin Tengku Zawyah Tengku Izham kini bernikah sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Datuk Rayyan Joseph King pada majlis perkahwinan resepsi mereka yang diadakan di Hotel Royale Chulan di sini, Khamis.
Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 11.06 pagi oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali yang juga merupakan wali hakim kepada pihak pengantin perempuan.

Pada majlis yang serba ringkas tetapi meriah itu, Tengku Zawyah yang anggun mengenakan busana rekaan Calvin Thoo berwarna putih gading menerima mas kahwin sebanyak RM501 beserta lima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan berbalas tujuh dulang.

Antaranya, set wangian, seutas gelang bertahta berlian, sepasang persalinan kain lace, al-Quran, sejadah, sirih junjung, coklat serta sebentuk cincin pada upacara membatalkan air sembahyang.

Tengku Zawyah turut menerima wang hantaran sebanyak RM38,888.88 yang merupakan angka kegemarannya.




Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 26 Februari lalu.

"Alhamdullilah, saya bersyukur semuanya berjalan lancar. Kami sangat serasi bersama kerana kami punya banyak persamaan.

"Pada masa yang sama kami juga sukakan aktiviti luar seperti main paintball bersama.

"Bagi saya Rayyan seorang yang sangat bertanggungjawab ringkas dalam banyak perkara, sangat merendah diri dan kacak," katanya kepada pemberita sebaik selesai upacara akad nikahnya.

Lebih mengharukan pasangan ini adalah, apabila keluarga kedua belah pihak menyambut baik harapan mereka untuk berumah tangga.







"Keprihatinan Rayyan terhadap anak-anak saya menjadikan dia amat disenangi oleh mereka," katanya.

Bercerita mengenai keistimewaan isterinya, Rayyan yang berasal dari Pulau Pinang berkata, Tengku Zawyah adalah seorang wanita yang sangat bertimbang rasa, berbudi bahasa dan pandai menyesuaikan diri dengan keadaan.

"Saya sangat bertuah kerana dapat memilikinya. Dia seorang yang ceria dan cantik di mata saya," katanya.

Bercerita tentang percutian bulan madu, pasangan ini memilih untuk bercuti ke negara, Switzerland kerana kedua-duanya suka bermain ski.

Rayyan yang juga seorang bapa tunggal kepada dua orang anak memeluk Islam pada awal bulan lepas.

Perkenalan kedua pasangan ini bermula sebagai teman biasa, namun mula serius pada hujung tahun lalu dan mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi selepas wujud keserasian antara mereka.

Majlis resepsi kedua pasangan mempelai ini akan diadakan malam ini di Taman Mahsuri, hotel yang sama bertemakan 'garden wedding' pada pukul 8 malam.

Antara tetamu kenamaan yang dijangka hadir ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, isteri baginda, Tengku Azizah Aminah Sultan Iskandar, Menteri Dalam Negeri, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan isteri, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah serta kerabat diraja Pahang.





Tengku Zawyah yang juga kerabat diraja dari Kedah pernah mendirikan rumah tangga dengan Khalid atau Datuk K yang kini merupakan suami penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.

Kedua-duanya bercerai pada 2005 dan hasil perkahwinan selama 20 tahun, Tengku Zawiyah dan Khalid dikurniakan empat orang cahaya mata lelaki Muhammad Anas Zawawi, 24, Muhammad Adib, 21, Muhammad Asyraf, 19 dan Muhamad Aazief, 13. (MStar)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Rayyan King & Tengku Zawyah Bernikah (Majlis Perkahwinan, Resepsi) By Mohd Rohaizad. Published: 18.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...