CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Remy Ishak Mohon Maaf, Kes Salah Faham Dengan Wartawan


 
Berkenaan kes salah faham dengan 2 orang wartawan, Remy Ishak telah memohon maaf diatas kekasaran yang tidak disengajakan. Bukan mahu bersikap kurang ajar, jauh sekali menyusahkan mana-mana pihak, namun aktor popular Remy Ishak memberitahu bahawa insidennya berkasar dengan wartawan media cetak memang berlaku dengan secara tidak sengaja.

Terkilan dengan apa yang telah pun berlaku, Remy Ishak berkata, dia sebolehnya enggan memanjangkan perkara tersebut. Malah, dia turut memohon kemaafan kepada wartawan terbabit.

"Kalau saya ada buat salah, saya minta maaf sangat atas apa yang telah pun berlaku. Kadang kala apa yang berlaku itu adalah di luar daripada kemampuan kita. Apa pun saya tak mahu nak keruhkan atau panjangkan lagi perkara ini. Saya mohon maaf pada pihak yang terasa," katanya ketika ditemui pada majlis pra tonton filem Nur Kasih yang diadakan di TGV, KLCC, petang semalam.

Enggan memikirkan musibah tersebut lagi, aktor berusia 29 tahun ini berkata, fokusnya kini lebih pada bidang kerjayanya yang semakin bercambah. Namun, jauh di sudut hatinya dia mengharapkan pengertian semua pihak agar bisa memaafkan apa yang telah berlaku.

"Semua ini berlaku kerana salah faham. Setiap manusia ada buat silap. Saya juga tidak terlepas daripada melakukannya," katanya lagi.
Baru-baru ini di dalam ruangan Murai Batu serta ruangan pojok di beberapa akhbar utama, timbul gosip yang mengatakan bahawa Remy Ishak telah bersikap kasar terhadap dua orang wartawan senior di media cetak utama.

Remy dikatakan memberikan reaksi yang agak kurang positif tatkala ditemubual serta tidak mahu memberi kerjasama terhadap kedua-dua wartawan berkenaan.

Jelas Remy lagi, demi menjaga perhubungan yang baik bersama pihak media, dia mengakui telah memohon maaf terhadap kedua-dua wartawan tersebut.

Namun, sebaik saja dia membuat permohonan maaf tersebut, Remy dikatakan telah meluahkan rasa tidak puas hatinya di dalam akaun twitter peribadi miliknya. Sekaligus, ia mencerminkan bahawa permohonan maafnya itu dilakukan secara tidak ikhlas.

Menafikan perkara tersebut, Remy menjelaskan, apa juga luahan perasaannya di twitter mahupun facebook, memang tidak ada kena mengena dengan pihak yang terbabit.

"Jujur saya katakan, saya tak pernah tujukan pada sesiapa pun pasal status saya di twitter atau fdi acebook. Saya hanya tulis apa yang terlintas di minda dan tak ada maksud nak tujukan kepada sesiapa pun," katanya yang lebih suka memendam perasaan. (Murai)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Remy Ishak Mohon Maaf, Kes Salah Faham Dengan Wartawan By Mohd Rohaizad. Published: 5.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...