CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Rizz Ainuddin Akui Jadi Pelakon Hero Tua


Pelakon Riz Ainuddin, 33 tahun, mengakui dirinya lebih berusia jika dibandingkan dengan barisan hero-hero Melayu yang sering membintangi drama dan filem tempatan. Beliau turut mengakui menjadi pelakon hero tua berbanding hero remaja yang lain disebabkan rezeki berlakon lambat baginya.
Namun, dia menganggap langkahnya untuk terlibat dalam bidang seni masih belum terlewat dan menganggap ia sebagai satu cabaran buat menempuh bidang tersebut.

"Mungkin rezeki saya dalam bidang ini baru sahaja tiba. Kebanyakan watak yang mereka beri kepada saya sesuai dengan umur dan tidak pernah watak seorang remaja.



"Saya tahu usia saya agak tua berbanding hero lain tetapi saya masuk dalam bidang ini untuk mewarnai lagi industri bukan untuk bersaing," katanya.

Tambah Riz, perjalanan kerjaya lakonannya sudah bermula sejak 2006 namun dia tidak terlalu fokus dalam bidang seni kerana komitmen terhadap pekerjaannya.

"Drama Bait Cinta ini merupakan drama kelapan saya. Saya mula terlibat dalam industri ini sejak 2006 untuk filem Anto Fighter tapi watak-watak kecil. Cuma beberapa drama kebelakangan ini saja saya diberikan watak berat dan utama iaitu Ajuna, Awan Dania 1& 2 serta telefilem Berkalong Noda.

"Saya selalu berada di belakang tabir iaitu bekerja sebagai pengarah seni di syarikat periklanan Leo Burnet, tapi disebabkan minat mendalam menyebabkan saya tercebur dalam bidang ini," ujarnya.

Bercerita tentang lakonan dalam drama tersebut, Riz memberitahu dia agak bertuah kerana diberi peluang untuk menjadi teraju utama drama tersebut.

"Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk berada dalam kumpulan ini, kalau dilihat pelakon-pelakon di sekeliling saya yang menjayakan drama ini semuanya sudah berpengalaman.

"Saya banyak meminta pandangan daripada mereka apabila ingin melakukan sesuatu watak. Mereka pula kesemuanya tidak lokek memberi pendapat dan ilmu kepada saya," katanya.

Drama Bait Cinta turut dibintangi oleh Eira Syazira, Natasha Hudson, Charmaine Poo dan Ann Ngasri. Ia bakal ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa, pukul 8.30 malam bermula 17 Mei ini di TV9. (MStar)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Rizz Ainuddin Akui Jadi Pelakon Hero Tua By Mohd Rohaizad. Published: 14.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...