CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Rozita Che Wan Jadi Pengemis, Drama Dosa Siapa


 
Dalam drama Dosa Siapa, Rozita Che Wan yang sentiasa cantik makeup jelita bakal menjadi pengemis. Bagaimana? Gambar Rozita Che Wan jadi pengemis bolehlah dikatakan real sedikit. Bukan mahu terlalu memilih sebaliknya jelas, aktres jelita Rozita Che Wan, seboleh mungkin dia mahu keluar daripada zon selesa yang dinikmatinya hari ini.
 
Acapkali diberikan watak yang sama iaitu membawakan karakter wanita cantik oleh pihak penerbit, Rozita Che Wan berharap agar diberi peluang untuk keluar dari zon selesa itu.

"Saya mahu keluar dari dari zon selesa yang saya dah biasa terima. Kalau boleh saya mahu selepas ini mencuba watak-watak yang lebih mencabar dan ganas. Maksud saya ialah saya kalau boleh mahu berlakon dalam cerita-cerita aksi.

"Sebagai pelakon pastinya kita ada keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru. Asyik bawa watak yang sama selalu semestinya bosan juga," katanya.

Dek kerana itu, jelas ibu kepada dua cahayamata ini, dia amat teruja apabila diberi peluang membintangi drama Dosa Siapa arahan Murali Abdullah iaitu Dosa Siapa.

Katanya, watak Halimah yang dijayakannya berbeza daripada yang sebelum ini, malah demi karakter itu dia sanggup tidak bersolek dan menjadi pengemis.

"Halimah ini dia mempunyai seorang kakak bernama Faridah. Mereka berdua ini telah ditahan dan dirogol oleh orang yang tak dikenali. Halimah berjaya melarikan diri tapi dia telah meninggalkan Faridah. Peristiwa gelap itu membuatkan Faridah berdendam dengan Halimah sehingga dewasa.



"Faridah mengambil ilmu hitam untuk membalas dendam pada Halimah dan telah mengakibatkan suaminya meninggal dunia dan merampas anak Halimah. Perbuatan Faridah membuatkan Halimah tertekan dan akhirnya meroyan, merempat dan hidup sebagai pengemis selama 20 tahun," katanya.

Selain Rozita Che Wan, drama tersebut turut dibintangi oleh Zamarul Hisham dan Sabrina Ali. Dosa Siapa bakal ditayangkan di slot Cerekarama, 7 Mei ini jam 10 malam.

Menyentuh mengenai perkembangannya selepas ini, jelas si jelita ini, dia bakal terlibat dengan penggambaran telemovie, Summer Camp bersama Shahir juara Akademi Fantasia 8 (AF8) dan selepas itu dia bakal menjalani penggambaran Kiah Pekasam musim kedua.

Bukan itu sahaja, dia juga bakal terlibat dengan beberapa penggambaran telemovie raya dan slot drama samarinda. (Murai)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Rozita Che Wan Jadi Pengemis, Drama Dosa Siapa By Mohd Rohaizad. Published: 7.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...