CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Rozita Che Wan Usaha My Couture, Busana Muslimah Online


 
 
Rozita Che Wan kini mengusahakan My Couture, perniagaan busana muslimah secara internet online. Dengan perniagaan ini Rozita berharap ia akan lebih terjamin untuk masa depan, kata aktres jelita ini.
 
Telah pun mula beroperasi sejak tahun lalu, My Couture, merupakan taruhan utama Rozita Che Wan untuk mengembangkan minat serta kesungguhannya dalam bidang perniagaan.

"Kami menjual pakaian muslimah seperti jubah, selendang, tudung secara online menerusi website My Couture sejak tahun lalu. Saya menjalankan perniagaan ini bersama rakan baik saya Hanim Shahrom yang mempunyai pengalaman dalam bidang pemasaran lebih 20 tahun.

"Kami jual secara online dan pukal. Namun, bagi yang berminat mahu membeli dalam kuantiti yang sedikit mereka boleh pergi ke bengkel kami di Shah Alam," katanya lagi.

Meskipun tanpa promosi yang besar, jelas ibu kepada dua cahaya mata ini, dia amat berbangga apabila tempahan barangannya semakin mendapat sambutan yang mengalakkan.

"Alhamdulillah, tanpa promosi yang besar-besaran, barangan kami mendapat sambutan yang mengalakkan. Menerusi website butik ini, kami telah menerima tempahan dari beberapa negara termasuklah Dubai, United Kingdom dan Singapura," katanya penuh teruja.

Ditanya mengapa busana muslimah menjadi pilihannya sedangkan pelbagai lagi fesyen wanita yang boleh dipilih, kata bekas pramugari ini, perkembangan dan permintaan yang tinggi terhadap produk itu mendorongnya untuk memilih barangan tersebut.

"Boleh dikatakan sekarang 80 peratus wanita berimej muslimah dan ianya juga merupakan trend masa kini. Itu antara sebab mengapa kami memilih untuk memasarkan produk sedemikian untuk perniagaan kami," jelasnya.

Berhasrat untuk membuka butik serta menjualnya secara langsung kepada orang ramai, jelas Rozita, kekurangan tenaga kerja adalah antara sebab mengapa perancangan tersebut terbantut serta tidak dapat direalisasikan.

"Sebenarnya kami tak cukup kaki tangan. Kalau boleh, memang kami mahu membuka butik untuk orang ramai datang membeli secara langsung. Tunggulah nanti. Apabila segalanya selesai, Insya Allah hasrat tersebut akan dipenuhi," tuturnya penuh yakin.

Dalam pada itu, kata Rozita, satu majlis pelancaran butik onlinenya itu akan diadakan esok di ibu kota sebagai hebahan kepada orang ramai. (Murai)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Rozita Che Wan Usaha My Couture, Busana Muslimah Online By Mohd Rohaizad. Published: 4.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...