CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Salih Yaakob & Samihah Sheikh Ali - Majlis Pernikahan Ke-4


Pertama sekali Tahniah diucapkan kepada artis favorite kita, Abang Salih Yaakob yang berjaya bernikah dengan isteri ke-4 iaitu Samihah Sheikh Ali (Emi) pada 30 Mei 2011. Semoga perkahwinan Salih Yaakob bahagia bersama keempat-empat isterinya. WoW!!! Penulis pun tak mampu.. Salih Yaakob dengan 2 kali lafaz, sah menjadi suami kepada Samihah Sheikh Ali (Emi), 25 tahun, Majlis Pernikahah diadakan di Masjid Jamek Kampung Melayu Kulaijaya tepat pukul 3.40 petang tadi.

 Gambar Salih Yaakob Akad Nikah Samihah Sheikh Ali

 Gambar Pernikahah Salih Yaakob Bersama Isteri Ke-4

 Gambar Samihah Sheikh Ali Disarungkan Cincin Perkahwinan

 Gambar Salih Yaakob Cium Samihah Sheikh Ali


 Gambar Hantaran RM25,000 Kepada Samihah Sheikh Ali
P/s: Semoga pernikahan Salih Yaakob yang telah memenuhi kuota ini kekal sehingga ke akhir hayat. Kami peminat mendoakan Abang Salih Yaakob menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan adil. Kredit gambar (HAZREY). Terima kasih.

Anda meminati Novel Jendela Hati?

Sambungan Kisah Penuh: Salih Yaacob Lafaz 2 Kali Akad Nikah Dengan Isteri Ke-4

Dek kerana gemuruh dan gugup, penyampai radio Sinar FM , Salih Yaacob akhirnya telah melafazkan akad nikah sebanyak 2 kali sewaktu dia diijabkabulkan dengan isteri keempatnya, Samihah Sheikh Ali berumur 25 tahun, di Masjid Jamek Bandar Kulai Jaya, Johor, kira-kira 3.40 petang semalam.


Salih Yaacob yang berumur 50 tahun, telah di akad nikahkan oleh jurunikah, Mohd Fahmi Samad.

"Terus-terang, debaran yang saya rasakan ketika akad lafaz nikah kali ini amat luar biasa. Tapi Alhamdulillah, syukur semua telah berjalan lancar dan saya bersedia menunaikan tanggungjawab sebaagi suami Emi (Samihah Sheikh Ali)," katanya yang kini sudah pun melengkapkan kuota poligaminya.

Setelah selesai akad nikah, Salih Yaacob telah menyarungkan cincin emas di jari manis Emi di hadapan kira-kira 100 tetamu sambil disaksikan oleh ibu Salih, Zainun Mat Sidi, 71 tahun.

Dalam majlis tersebutm Emi yang juga kelahiran Mersing telah menerima RM23 sebagai mas kahwin dan wang hantaran RM25,000 daripada Salih.

Salih Yaacob Bulan Madu Di China Bersama Semua 4 Orang Madu

Menariknya, Salih Yaacob memberitahu, dia dan isteri keempatnya itu bakal berbulan madu ke China bersama ketiga-tiga isterinya yang lain serta kesemua 11 orang anaknya.

"Saya akan berkongsi kegembiraan ini dengan berbulan madu bersama Emi di China tidak lama lagi. Namun, kami tidak akan pergi berdua kerana saya akan bawa ketiga-tiga isteri saya yang lain dan kesemua anak untuk menyertai rombongan kami," jelasnya yang masih belum menetapkan tarikhnya untuk ke China.

Sementara itu, Emi berkata dia bersyukur kerana keluarganya memahami kehendaknya untuk berkahwin dengan Salih Yaacob.

"Saya tidak sabar menempuh alam perkahwinan yang indah bersama abang (Salih), isteri dan anak-anaknya,"kata Emi.

Majlis akad nikah yang diadakan bagaimanapun hanya sederhana tanpa kehadiran rakan artis kerana Salih merancang untuk membuat majlis besar-besaran dengan dihadiri tiga isterinya yang lain di Kuala Lumpur dalam tempoh waktu yang terdekat.

Majlis Resepsi Perkahwinan Salih Yaacob & Samihah Sheikh Ali

Apa yang pasti, Salih dan Emi turut menganjurkan resepsi perkahwinan secara sederhana di sebelah pihak perempuan di Hotel 11thCentury di Taman Abad, di sini, malam semalam.

Selain dihadiri saudara mara dari kedua-dua belah pihak pengantin, majlis akad nikah tersebut juga turut dihadiri ibu bapa Emi, Sheikh Ali Mohamed, 63 tahun, dan ibunya Rohana Ahmad, 59 tahun.

Kedua-dua mempelai menggayakan baju pengantin berwarna kelabu dan Emi tajaan perkahwinan dariapda Astana Birdal dan World Event Managament.

Salih sebelum ini berkahwin dengan isteri pertamanya Norizah Mamat, 46 tahun pada 1989 dan dikurniakan emapat orang anak, manakala isteri kedua, Norraha Hamat, 43 tahun, pada 1993 dengan dikurniakan enam orang anak dan isteri ketiga, Norfara Wahida, 33 tahun pada 2007 dengan dikurniakan seorang anak.

Anda Ingin Saksikan Video Youtube Online Majlis Pernikahan Salih Yaakob dan Samihah Sheikh Ali? Dibawah ini anda boleh tengok perjalanan akad nikah Salih Yaakob. Terima Kasih Hmetro.


Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Salih Yaakob & Samihah Sheikh Ali - Majlis Pernikahan Ke-4 By Mohd Rohaizad. Published: 30.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...