CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Salma Juara Mentor 5 Konsert Akhir Untuk Tahun 2011


Siapa juara mentor 5? Sudah tentu Salma  juara bagi Mentor 5 di Konsert Akhir untuk tahun 2011. Juri profesional malam tadi ialah Datuk Ramli MS, Ziana Zain dan Azmir. Banyak komen-komen menarik daripada juri profesional yang tidak menghampakan kepada para peserta. Markah undian terkini daripada juri awam, markah juri profesional dan jumlah undi sms markah untuk Salma = 16 markah = Jumlah 85 markah , Shiha = 17 markah = jumlah 63 markah  dan Iqa = 20 Markah = jumlah 56 markah.

Setelah debaran malam kemuncak Konsert Akhir Mentor 5 begitu hangat dan persaingan sengit di antara ketiga-tiga peserta. Tiga protege yang layak ke pusingan akhir, Salma, Shiha dan Iqa telah berentap bagi merebut gelaran juara Mentor 5. Walaubagaimanapun, Salma telah menjadi juara dan sekaligus memenangi wang tunai berjumlah RM100,000 dan kereta Chevrolet Cruize.

Konsert Akhir Mentor 5 telah bersiaran secara langsung dari Stadium Melawati, Shah Alam pada jam 9.00malam tadi. Kelima-lima protege ini telah membuat tiga persembahan hebat iaitu lagu solo dan lagu baru mereka serta duet bersama artis popular seperti Faizal Tahir (Iqa), Black (Shiha) dan Jaclyn Victor (Salma).

 Gambar Finalist Mentor 5


Protege Erra Fazira, Salma, protege Sharifah Aini, Shiha atau protege Edry Abd Halim, Iqa di Konsert Akhir Mentor 5 jam 9.00 malam di TV3.


Harapan Finalist Mentor 5 Sebelum Konsert Akhir:


Menjelang Konsert Akhir Mentor 5 yang telah berlangsung pukul 9 malam tadi, kesemua protege termasuk mentor menyatakan harapan masing-masing untuk pertandingan tersebut. Pastinya mahu muncul sebagai Juara adalah sasaran mereka namun sebelum itu mereka harus memberikan persaingan yang sengit bagi merebut gelaran tersebut.

Edry:
Iqa mesti mempraktikkan apa yang telah diajar. "Put up a good performance & most importantly, enjoy the night.".

Iqa:
Saya mahu melakukan yang terbaik dari yang sebelum ini. Harapnya persembahan saya menjadi sebuah persembahan yang 'memorable' dan memuaskan hati semua pihak.

Erra Fazira:
Kita sudah merancang yang terbaik, menjalani latihan yang secukupnya telah diberikan, oleh itu kita mengharapkan outcome yang terbaik.

Salma:
Saya berjanji akan membuat yang terbaik dan berdoa dapat memuaskan hati semua pihak terutamanya Mentor & para penyokong saya.

Dato' Sharifah Aini:
Kak Pah mahu Shiha melakukan yang terbaik. Kak Pah tak kisah kalau tidak menang pun; tetapi Shiha memberikan persembahan yang terbaik. InsyaAllah.

Shiha:
Pastinya saya ingin menang kerana ingin menunaikan harapan ibu. Saya berhasrat untuk juga menunaikan impian bapa saya yang meninggal dunia pada tahun 2008 untuk melihat Shiha berjaya. InsyaAllah.



Sambungan: Protege Erra Fazira, Salma Dinobatkan Juara Mentor 5

Peringkat Akhir Mentor musim kelima yang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam, malam semalam telah menyaksikan protégé kepada Erra Fazira, Salma atau nama sebenarnya Salmah A. Asis, 20 tahun, dinobatkan sebagai juara.


Memperoleh pungutan markah tertinggi iaitu sebanyak 85 markah, peserta yang berasal daripada Tawau Sabah ini juga telah berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah trofi dan sebuah kereta Chevrolet Cruze sumbangan Chevrolet.

Apa yang pasti, Salma yang telah memukau penonton dengan persembahan solonya menerusi lagu Listen dari Beyonce itu sangat berpuas hati dengan kemenangan yang diraih pada malam tersebut.

"Alhamdulilah saya rasa bersyukur sangat dengan kemenangan ini. Apa tidaknya, akhirnya usaha saya selama 3 bulan berjuang dalam Mentor 5 sangat berbaloi.

"Saya juga sangat teruja dan saya berharap selepas ini saya dapat terus berada dalam industry seni muzik demi mencapai cita-cita saya untuk menjadi seorang penyanyi .

"Apa-apa pun kemenangan ini saya akan kongsikan bersama kedua ibu bapa saya. Saya berniat untuk bawa mereka pergi bercuti," kata Salma yang ditemui selepas selesai malam kemuncak Mentor 5.

Selain mempersembahkan lagu solo, Salma turut berduet dengan juara Malaysian Idol 1, Jaclyn Victor dengan lagu, Cinta (Kris Dayanti & Melly Goeslow) dan Rindu (Hetty Koes Endang).

Sementara itu, Erra Fazira yang berjanji akan bersama dan memimpin Salma ke indusrtri seni itu akui kesungguhan protegenya selama berada dalam Mentor 5.

"Saya rasa Salma memang patut mendapat gelaran juara. Saya nampak kesungguhan yang dia berikan dalam Mentor 5. Paling ketara selepas kami jatuh dengan mendapat markah tercorot dalam peringkat separuh akhir. Saya nampak dia lebih kuat dan bersemangat untuk bangkit," kata Erra.

Begitupun tempat kedua pula dimenangi oleh protege Datuk Sharifah Aini, Shiha dengan pungutan markah sebanyak 63 markah. Shiha , 24, telah berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000, trofi dan Vespa LX150 tajaan Naza World.

Pada malam konsert, Shiha menyanyikan lagu Rindu bersama mentornya, lagu solo berjudul Kisah Hati (Alyah), lagu duet bersama Black, Ghazal Untuk Rabiah (Jamal Abdillah) dan Balqis (Siti Nurhaliza) serta lagu baru ciptaan Ajai berjudul Bila Bertemu Mu.

Manakala pemenang tempat ketiga yang akan membawa pulang wang tunai RM10,000 dimenangi oleh protege Edry Abdul Halim, Iqa atau nama sebenarnya Nursyafiqah Nasratullah Binti Mohd Nor dengan pungutan markah 56 markah.

Peserta dari Ampang, Selangor ini menyampaikan lagu duet bersama mentornya, Ganas, lagu Ku Mohon (Datuk Sheila Majid), lagu baru ciptaan Edry sendiri, Di Penghujungnya dan duet bersama Faizal Tahir, Karma.

Peserta Konsert Akhir Mentor 5 diadili oleh juri tetap, Datuk Haji Ramli M.S bersama dua juri jemputan iaitu penyanyi popular, Ziana Zain dan komposer terkenal, Azmeer.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Salma Juara Mentor 5 Konsert Akhir Untuk Tahun 2011 By Mohd Rohaizad. Published: 29.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...