CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Salma Mentor 5 Mengaku Janda! Status Dirahsiakan Pancing Undi


Betul ke Salma Mentor 5 mengaku janda? Ya! Salma memang janda. Adakah Salma merahsiakan status demi pancing undi peminatnya? Setelah hampir empat bulan merahsiakan status sebenar diri, akhirnya Juara Mentor musim kelima, Salma menjawab semua persoalan yang diajukan, Salma juga menamatkan spekulasi tentang dirinya yang dikatakan sudah bergelar janda.

Berkahwin pada usia 17 tahun dan kemudiannya bercerai setahun selepasnya, Salma bagaimana pun enggan mendedahkan nama sebenar suaminya itu.

 Salma Mentor 5 Jadi Janda Masa Umur 18 Tahun

Salma Rahsia Status Untuk Pancing Undi Mentor 5

"Saya merahsiakan perkara ini bukan kerana mahu meraih undian daripada peminat, tetapi saya tidak mahu bercerita sebab enggan terlalu memikirkan soal anak sepanjang berada di Mentor kerana takut akan terlalu merinduinya.

"Anak saya sekarang berusia 3 tahun, namanya Puteri Nurul Huda. Sepanjang saya di sini dia tinggal dibawah jagaan ibu saya di Tawau, dan selepas ini jika ada rezeki, saya akan bawa dia tinggal bersama saya di Kuala Lumpur.

"Tentang bekas suami, saya rasa lebih elok jika saya tidak bercerita mengenai dirinya. Dia masa lalu saya dan kalau boleh saya tak mahu ada kaitan lagi dengannya kerana saya bimbang akan trauma kerana itu.

"Lagipun dia sudah berkahwin lain, biarlah dia dengan dunia dia sekarang, dan begitu juga sebaliknya. Puteri Nurul Huda memang sentiasa berada di bawah jagaan saya dan dia tidak pernah mengambil atau bertemunya sampai hari ini.

"Sepanjang bergelar ibu tunggal ini, saya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki dan sekarang saya mahu menumpukan sepenuhnya perhatian pada kerjaya sahaja,"jelas Salma yang mengakui bekas suaminya itu tidak menggemari minatnya dalam bidang seni suara.

Nabil Ciplak Tiru Lawak Jim Carey?
 
Salma Mentor 5 Terpaksa Rahsia Status Demi Undian SMS


Salma Bergelar Ibu Tunggal Sejak Usia 18 Tahun

Biarpun sebelum ini sudah beberapa kali dia cuba menolak untuk menjelaskan tentang status dirinya yang sebenar, namun baru kini juara Mentor 5, Salma, 20 tahun, bersikap terbuka untuk memperkatakannya. Hakikatnya, dia sebenarnya adalah seorang janda beranak satu.


Malah, ibu kepada Puteri Nurul Huda, 3 tahun, yang ditemui sejurus selepas berakhirnya pertandingan peringkat Akhir Mentor 5 memberitahu kami bahawa dia sudah pun bergelar ibu tunggal sejak berusia 18 tahun lagi.

Namun protégé kepada Erra Fazira ini memberitahu dia sengaja merahsiakan tentang status dirinya sebelum ini dengan alasan mahu memberikan sepenuh fokus serra tumpuan terhadap program realiti yang disertainya itu.

"Saya lakukan ini semua pun demi kebaikan saya. Saya mahu fokus dengan apa yang saya tengah usahakan di Mentor 5. Saya tak mahu terlalu ingatkan anak saya kerana sebagai seorang ibu, sudah tentu saya akan cepat merinduinya.

"Oleh sebab itu, sepanjang masuk Mentor, saya memang tak jumpa langsung dengan anak saya. Saya takut kerana rindukan keluarga, saya boleh hilang fokus. Tidak dinafikan, saya memang terlampau rindu sangat dengan anak saya. Tapi, saya terpaksa tahankan perasaan saya. Mujurlah ada emak saya. Dialah yang menjaga anak saya sepanjang ketiadaan saya selama ini.

"Pada malam kemuncak Mentor 5 ini, barulah saya berpeluang untuk berjumpa balik dengan anak dan saya rasa cukup bersemangat untuk membuat persembahan. Lebih-lebih lagi bila melihat ibu bapa saya juga turut datang untuk memberikan sokongan, walaupun pada awalnya merekalah yang tak bagi saya menyanyi," kata Salma yang mula mendirikan rumah tangga sejak berusia 17 tahun.

Bagaimanapun, Salma berkeras untuk merahsiakan nama bekas suaminya. Malah, dia lebih rela memberitahu nama depan anaknya sahaja tanpa ada Binti atau nama bapa di belakang.

"Saya minta maaf, saya memang tidak mahu mendedahkan siapa bekas suami saya. Bagi saya, dia sudah tidak wujud lagi dalam kehidupan saya. Lagipun, kisah itu dah lama berakhir.

"Apa yang boleh saya katakan, dia juga orang Tawau, Sabah. Dia dah ada keluarga baru, jadi saya tak nak imbas kembali perkara lama kerana masih lagi berasa trauma setiap kali mengingatkannya,"jelasnya yang tidak mahu mengulas lanjut mengenai bekas suaminya.

Salma yang telah pun mengikat kontrak bersama TV3 akan meneruskan karier sebagai penyanyi demi mengejar impiannya untuk memiliki album studionya sendiri tidak lama lagi.

P/s: Adakah para peminat Salma Mentor 5 kecewa dengan kenyataannya ini?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Salma Mentor 5 Mengaku Janda! Status Dirahsiakan Pancing Undi By Mohd Rohaizad. Published: 30.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...