CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

Sambutan Pesta Kaamatan - Kadazandusun 30 & 31 Mei Di Malaysia


Sambutan pesta Kaamatan dikalangan orang Kadazandudun setiap 30 dan 31 Mei di Malaysia. Selama ini warga tempatan dan pelancong datang berduyun-duyun ke Hongkod Koisaan, yang bermaksud Dewan Perpaduan dalam bahasa Kadazan, tempat bagi sambutan Kaamatan tahunan peringkat negeri.

Pengunjung yang pernah ke sini telah biasa dengan adanya rumah tradisional, dewan serbaguna, kraftangan dan gerai makanan yang didirikan di sekitar dan malahan apa yang mereka harapkan ada dalam program dua hari itu.

Bagaimanapun, pada tahun ini, penganjur Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Sabah memutuskan untuk melakukan satu perubahan besar dan berikutan itu pelawat boleh menjangkakan pelbagai perubahan daripada segi aturcara serta kemudahan pada pesta tuai kali ini.



Perkampungan Budaya Kadazandusun Akan Dipromosi Sebagai Pakej Pelancongan

Perubahan yang dikatakan ini akan bermula dari pintu masuk lagi dengan para tetamu disambut oleh sebuah pintu gerbang tertera perkataan 'Perkampungan Budaya KDCA', yang membawa mereka melalui sebuah titi gantung yang merentasi sebuah kolam buatan.

Selepas melintasi titi ini, sebuah pentas terbuka dapat dilihat di bahagian kiri dan seterusnya sebuah kedai kraftangan menunggu mereka yang mahu membawa pulang cendera hati. Juga dapat dilihat sebuah kedai kopi yang terletak bersebelahan.

Beberapa daripada rumah tradisional itu kini nampak berlainan.

"Kerja-kerja ubahsuai serta landskap di rumah-rumah tradisional ini bermula sejak dua bulan lepas.

"Kebanyakan daripada rumah ini sudah diperbaharui, kami juga merobohkan satu daripada rumah itu iaitu rumah Tambunan dan menggantikannya dengan rumah baru sepenuhnya," kata Setiausaha Agung KDCA Suman Yasambun.



Pusat Ini Akan Digunakan Walaupun Selepas Kaamatan

Walaupun mungkin ada yang berpendapat persiapan ini jauh lebih hebat berbanding tahun-tahun lepas, namun ia ada alasan tersendiri.

Ini kerana selepas sambutan Kaamatan berakhir, Perkampungan Budaya KDCA akan dipromosikan sebagai produk pelancongan menerusi sebuah syarikat usahasama untuk menjana pulangan ekonomi sepanjang tahun di Hongkod Koisaan.

KDCA dan Tombituon Enterprise telah mengasaskan bersama KDCA Cultural Village Sdn Bhd untuk menguruskan Perkampungan Budaya, yang sebahagian besarnya akan mempromosi 11 rumah tradisional menerusi aktiviti harian bagi pelawat dan pelancong.

"Sebelum ini, pelancong tempatan dan antarabangsa membanjiri tempat ini semasa sambutan Kaamatan peringkat negeri.

"KDCA kini mencari bidang baru untuk dimajukan, kami mahu gunakan rumah-rumah tradisional ini bagi aktiviti yang boleh menjana wang," kata Suman.

Pada masa yang sama, mereka berharap dapat menyediakan satu wadah pendidikan bagi pelajar dan generasi muda untuk mengingatkan mereka mengenai budaya tradisional dan aktiviti nenek moyang melalui demonstrasi di rumah berkenaan.

"Kebanyakan daripada belia sekarang ini tidak begitu arif dengan latarbelakang budaya masing-masing, jadi jika kita memperkenalkan produk pelancongan seperti ini ia boleh menyalurkan sedikit pengetahuan dan mungkin mereka boleh belajar mengenai upacara tradisional atau perkakas yang digunakan sebelum ini," jelas beliau.

Unduk Ngadau Pada Kedua-dua Hari

Mengenai aturcara, acara kemuncak sambutan ialah Unduk Ngadau ataupun Ratu Cantik Pesta Tuai yang akan menyaksikan perubahan dalam jadual. Ketua Aturcara bagi sambutan Kaamatan peringkat negeri, George Mijin berkata sebelum ini acara ini ditetapkan pada tengah hari kedua dengan keputusan diumumkan pada akhir program.

Bagaimanapun, kali ini pusingan pertama akan diadakan pada pagi pertama dan 15 peserta akhir akan meneruskan dengan acara akhir pada hari kedua.

"Pertandingan ratu cantik ini lazimnya diadakan di dewan serbaguna tetapi tahun ini akan diadakan pusingan pertama pada 30 Mei di pentas terbuka untuk menampung penonton yang lebih ramai.

Pada masa yang sama, George berkata sambutan Kaamatan peringkat negeri tahun ini juga buat julung kali mengadakan demonstrasi 'menabib', iaitu seni tradisi membuat tali 'lokub' menggunakan rotan.

Tali ini digunakan untuk mengikat kerbau dan menarik haiwan itu, jelas beliau.

"Demonstrasi ini diminta khas oleh Presiden KDCA Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dengan seni ini berasal dari Tambunan, daerah asal beliau," tambah George.

Satu lagi elemen yang dapat dilihat oleh orang ramai pada kali ini ialah upacara simbolik 'moginum orang tatana' semasa pelancaran sambutan ini.

Upacara ini berasal dari Kuala Penyu, daerah yang terpilih bagi pelancaran sambutan Kaamatan yang berikut, kata George.



Rumah Terbaik Akan Menang

Pada tahun ini, pertandingan Rumah Tradisional Yang Diuruskan Dengan Baik juga akan diadakan, di mana hakim-hakim bukan sahaja menilai dari segi rumah itu sendiri malahan bagaimana penjaganya menyambut tetamu masing-masing.

Suman, yang juga Pengerusi daerah KDCA Keningau/Sook dan Ketua Rumah Keningau di Hongkod Koisaan, menjemput orang ramai terutama mereka dari daerah Keningau melawat rumah itu semasa sambutan.

Antara rumah tradisional yang terdapat ialah Balai Tatamu Kuala Penyu, Lamin Lotud Tuaran dan Sulap Papar.

Bilangan Besar Orang Dijangka Hadir

Dengan pelbagai aturcara baru diperkenalkan dan KDCA melakukan pembaharuan besar, penganjur yakin bilangan pelawat ke sambutan Kaamatan peringkat negeri tahun ini pasti meningkat. Suman berkata pada tahun lepas seramai 50,000 orang mengunjungi acara dua hari itu dan mereka berharap kali ini ia akan melepasi angka itu.

Mengenai cadangan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak bahawa satu sambutan rasmi Kaamatan sudah memadai, Suman bersetuju agar sambutan di peringkat negeri dan kebangsaan digabungkan sahaja.

"Tetapi pada masa yang sama pihak negeri harus diberi tanggungjawab untuk menganjurkan acara tunggal itu untuk memastikan program ini terus mengekalkan ciri-ciri kebudayaan... Kami tidak mahu kehilangan elemen-elemen etnik nanti.

Pada masa yang sama walaupun kawasan Hongkod Koisaan terhad (kira-kira 3.2 hektar) untuk mengadakan aktiviti, sambutan Kaamatan peringkat kebangsaan juga boleh diadakan di situ kerana segala kemudahan sudah tersedia," tambah Suman.
Anda berminat membaca Novel Suara Hati? Klik Disini.

Gambar Peserta Ratu Cantik Sambutan Pesta Kaamatan Unduk Ngadau, KDCA, Sabah 2011


Saksikan Gambar-gambar peserta ratu cantik unduk ngadau di KDCA sabah 2011. Cantik tak? Cun aih orang Sabah Kadazandusun ni.. Hehehe..







Ehemm.. Ni Gambar Gadis Pilihan Penulis.

 Untuk melihat lagi gambar-gambar cun para peserta: Klik Sini. Kredit Gambar: Donnyien.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Sambutan Pesta Kaamatan - Kadazandusun 30 & 31 Mei Di Malaysia By Mohd Rohaizad. Published: 28.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...