CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Sara Ali Semakin Laris Popular & Diminati Dalam Seni Lakonan


Muka Sara Ali semakin laris dan popular, diminati ramai peminat dalam seni lakonannya. Belum sampai pun setahun pelakon bernama Sara Ali ini bertapak di pentas lakonan tanah air. Jika dicanangkan namanya, masih ramai lagi yang belum menyedari kehadiran gadis berusia 21 tahun ini.

Ironinya, tanpa nama yang kukuh atau limpahan publisiti yang meluas, peluang dan tawaran yang diperoleh sebagai muka baru sepertinya cukup mengagumkan.



Apa tidaknya, dalam diam-diam Sara ligat memenuhi pelbagai tawaran lakonan yang silih-berganti.

Mungkin sudah rezeki dan tuah aktres bertubuh kecil ini, bakat yang dipertaruhkannya bukannya calang-calang hebatnya.

Setakat hari ini, dia sudah berpeluang menggalas watak utama dan pembantu dalam enam buah filem.

“Sejujurnya, saya sendiri tidak pasti bagaimana para penerbit dan pengarah filem berani untuk mencuba kebolehan saya.

“Ia bermula apabila ada wakil daripada pihak produksi Primeworks menyunting saya menerusi laman Facebook untuk filem-filem terbaru mereka pada tahun lepas,” katanya.


Sara Ali Dalam Filem Nur Kasih The Movie (NKTM)

Terbaru, bagi yang sudah menonton filem Nur Kasih The Movie (NKTM), pasti dapat melihat kelibat Sara yang menggalas watak remaja bermasalah bernama Juriah.

“Walhal, semua tawaran filem tersebut saya peroleh sebelum dua filem lakonan saya iaitu Penunggu Istana (ditayangkan 21 April lalu) dan NKTM ditayangkan kepada umum,” kata gadis yang meminjam nama datuknya, Ali sebagai nama komersialnya. Nama sebenarnya ialah Sara Hairi.

Bercerita tentang pengalamannya dihujani pelbagai tawaran sebelum dikenali ramai, anak sulung daripada dua beradik ini menganggap ia satu peluang yang amat bermakna sebagai pelakon baru sepertinya.

“Mungkin berkat dedikasi, komitmen dan kebolehan serba sedikit itu meninggalkan buah mulut yang positif di kalangan penggiat dan krew filem.

“Daripada situlah, saya menerima satu persatu tawaran baru. Sebagai orang baru, segala peluang dan kepercayaan ini amat saya hargai,” terangnya.



 Pengalaman Pahit Sara Ali

Sara mengakui langkah pertamanya untuk terjun ke bidang ini tidak selancar jangkaan.

Pada awalnya, keputusan gadis berkelulusan ijazah jurusan seni bina ini untuk bergelar anak wayang diragui oleh keluarganya sendiri.

“Laluan saya untuk memulakan kerjaya ini tidak mendapat sokongan keluarga pada mulanya. Bukan mereka tidak merestui tetapi mereka bimbang saya berubah.

“Hari ini, keluarga semakin merestui dan terbuka dengan kesungguhan saya. Apa-apa pun, saya perlu bijak mengagihkan masa antara keluarga dan kerjaya,” tuturnya.

Foto RAYMOND OOI

Solekan dan tatarias SHAMNINA OMAR(019-3686619)

Menggunakan produk LAURA MERCIER

Lokasi HOTEL FEDERAL KUALA LUMPUR (Terima kasih MAY LEE)

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

Sara Ali Semakin Laris Popular & Diminati Dalam Seni Lakonan By Mohd Rohaizad. Published: 30.5.11
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...